Muslimah Writer :)
:)

A secret message for you. I LOVE YOU. Nanti kalau aku dah takde, datang rumah aku, ada kotak dalam almari. Semua tuh love letters yang tak pernah kesampaian untuk kau. Read and Weep :)

Everything.
Thursday, 6 December 2012 • 21:54 • 0 comments



Dia ajak kahwin, aku umur 23 dia 22. Haha, Mustahil lah weh. Mana ada orang nak kahwin dengan orang tua. At last, aku nangis. Haha, kadang-kadang mood aku nih susah nak dijangka. Aku tak tahu kenapa aku nak sangat nangis malam nih. Dia cakap aku awek dia. Haha, mengarut sungguh. Akak nih dah tua dik. Mana sesuai buat bini. Tak nak lah jadi sugar mummy. Masing-masing tak suka distanced relationship, aku pun tak suka. Susah sebab aku seorang yang sangat kuat jealous. Nanti aku fikir bukan-bukan pasal dia karang. Haha. Ehh, apa aku cerita nih? Mengarut betul.

Tengah tengok Puss In Boots. Pequeno. Si Amore. Comel je mata dia tuh. Mata besar. Aku suka mata besar. Sama macam mata Jess. Comel jea.

RZ, Raja Zarina. Sekolah lama yang sangaaaaaaaaaaaaaaat banyak kenangan. Nak sangat balik kat sana balik. Aku tak kisah takde title budak SBP pun. I knew where I can find my happiness and its there. Memang ramai kawan dekat Intesaber macam Zafirah, Azmiera, Danny, Napishh. Semua orang baik. Tapi aku tetap rindu RZ. Masa perhimpunan, bising, baru nak buat homework, aku busy amek kedatangan, beratur depan sekali [seksa sekali] , tidur masa pengetua berucap, makan breakfast. Macam-macam ragam manusia dekat RZ tuh. Pastu, pergi rehat awal, borak masa kelas. Memang kitorang spoon fed each time. Tapi kitorang pandai. Nak tahu masa bila belajar, masa bila revise? Rasanya, takde masa pun. Masa nak dekat exam, patutnya dah tak boleh baca buku. Kena buat banyak latihan. Really, it works. Latihan yang sangat banyak diperlukan.

Berhenti talking about school, nih masa cuti lah Izaty! Enjoy it, nanti masa dekat sekolah, kau bising babbling pasal cuti pulak. Soalan dia, nanti nak kahwin umur berapa? 23. Kenapa je? Nanti nama anak pertama apa? Mengarut apa ni? Haha. Saje je. Tak boleh ke? Tukar topik lahh. [belushing] bungekk lah dia tuh. Tanya lah soalan best sikit. Banyak diam je sebenarnya. Dia cakap dia nak tidur. Sokay bye. Then dia hantar message, kenapa susah nak cakap? Sorry lah, takde idea. Sorry sangat. Kali nih post aku warna-warni. Yeayyyy :) I just love colours. Nak try minat colour orange sekarang nih. Sebab nampak menarik. Just my favourite colour is pink. Nanti nak kahwin jemput. Okay. Nak kahwin umur berapa? 22. Kenapa awal sangat? Awak kahwin 23 saya 22 lah. Ehh? Pandai-pandai korang lah fikir seterusnya. Aku malu nak cerita. Cehh, Izaty, blog nih dah berkisar tentang dia je. Kenapa? Ha’ah ek. Takpe lah. Cerita lain pulak sekarang nih.

Aku tolong mak masak, kena pisau sikit. Tak nangis. Aku masak weh. Tak lah pandai mana. Korang tahu BMI aku tak? Mestilah tak. Aku pun tak tahu. Tapi dia tahu weh. Aduhhh, macam mana nih. BMI aku actually berapa? Aku say dia stalker. Pastu dia cakap, SAYA STALK AWEK SAYA JE. Ahhhhhhhhhhh, Izaty. Dah lah tuh weh. Dia dah tengok Istanbul Aku Datang, thanks to me for giving him the link.

Words of wisdom: Kalau dia tak nak kat kau, cari orang lain. Show him that he’s not worth fighting for.

Sebenarnya kan, tak elok cerita pasal nih dekat blog ken. Watching Cinderella’s Stepsister. Just tak faham kenapa dengan Gihun and Hyoseon. Gihun tipu perasaan dia sendiri, tak nak mengaku dekat Eunjo. Yang Hyoseon tuh pulak tahu Gihun suka Eunjo tapi di atetap nak jugak dekat Gihun. Gedik betul. I really can watch korean dramas. Kesian Eunjo, takde sape faham betapa kuatnya dia kerja untuk ayah dia. Dia jealous kenapa ayah dia boleh layan Hyoseon terlalu baik. Okay, Syerah pun benci dekat Hyoseon. Walaupun semua orang dalam keluarga dia tak sayang dia, dia tetap pertahankan keluarga dia. Haha. Sorry if I mixed up the story. Dah lama skip cerita nih. Tengok cerita nih before going to tuition. Tuition is okay then. Tak kisah lah apa jadi pun, tetap kena belajar ken.



Tak kisah lah apa jadi pun, kisah nih akan berakhir satu hari nanti. Kisah aku. Akan tamat. Juga akhirnya. Jadi kadang-kadang terfikir jugak, berbaloi kah masa yang aku luangkan selama nih? Kisah aku akan tamat. Takde orang akan baca, takde orang akan faham. Semua orang akan saling menuduh, saling membenci. Wahhh, aku akan berhenti menulis bila tiba masanya. Belum tiba masanya lagi. Aku takkan berhenti sampai satu masa nanti aku dah tak boleh menulis, sampai aku buat semua orang faham apa yang cuba aku sampaikan. Kadang-kadang usaha aku tak berbaloi, tertanya jugak, aku tak usaha pun kan selama nih? Aku tak jatuh lepas lari, aku tak luka lepas jatuh, aku tak menangis lepas menang. Faham kan? Tak faham, takpe. Maybe it’s now, the time for me just to be matured. One day, just in one day I can afford to think like an adult, then tomorrow it’s lost. One day, I’m here then I’m off, gone forever. No one cried for me, no one will miss me. Just alone and lonely. Everybody can say, you’re not alone, we’re here for you. Tapi tuh semua tipu kan? Tiada kebenaran dalam kata-kata. Be a lady Izzati, please do be one. Izzati. Nur Izzati Abdul Rahim. Tak ramai tahu nama aku ken? Meh aku cakap ni. Nama aku Nur Izzati Abdul Rahim. Yes, I do cry right now, baru aku faham maksud kehidupan. Japp, aku tak faham sepenuhnya. Tapi there is ups and downs, happiness and sorrow. Berbaloikah aku menulis semua nih? Takde sape pun baca, takde sape yang cuba fahamkan. I’ve put my heart in writing all of these. Bukan sekadar letak gambar. Yang korang tengok dekat blog aku nih just gambar. Aku nak korang baca. Bukan tengok. Izzati, stop trying. Stop trying, stop doing all these nonsense stuff, stop trying to say that you’re are right all the time. Just stop okay Izzati.
Pernah rasa yang anda akan mati kan? Pernah tertanya-tanya kan, macam mana lah aku mati satu hari nanti? Macam mana dengan dosa aku selama nih? Pernah terasa kan. Kalau tengok Kal Ho Naa Ho, korang nangis tengok Aman tuh nak mati, tapi tahu ke macam mana rasanya mati? Pernah tahu  macam mana rasanya sakit nak mati tuh? Terfikir tak kalau tetuba nyawa kita dicabut? Masa tengok orang meninggal, rasa insaf tuh ada. Tapi hanya seketika. Pernah ke tahu macam mana kalau yang meninggal tuh diri kita sendiri? Terlalu banyak dah aku menulis. Apa kata kita muhasabah diri? Okay bye then.

Words of Wisdom: God is a nessecity, not an option.

Text tak reply, call tak angkat. Bagus lah macam tuh. Yeayyy, tahniah. Jangan tanya kenapa aku cakap tahniah. Pandai-pandai lah faham. Takpelah. Maybe dia busy. Sangat busy sampai tak boleh bagitahu dia akan busy. Ehh, dia bukan pakwe aku pun ken, buatpe dia bagitahu aku pun. I’m not taking all this seriously. Tolong lah Izaty. Triple A macam mana? What you gonna do? Erm, malas lah nak fikir. You’re a dick Izaty. Complicated betul nak fikir semua tuh sekarang. Relationships? I’m not ready committing to it. Lambat lagi lah nampaknya. I’m not thinking. Yelah, actually aku tengah tengok 17 Again. Dah lama dah cerita nih. Saja ulang banyak kali. Tak pernah bosan tengok Zac Efron.

Lepak kejap dengan Akmal and Yan. Best lah jugak, cerita pasal sekolah rendah dulu. Zaman kanak-kanak where kita main kejar-kejar dengan lelaki, joget depan kelas, main rounders dalam kelas, semua kenangan itu yang terindah. I would kill to be a kid again.

Assalamualaikum.

Labels: , , , , , ,


Bonjour!
Izz



Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it?
Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials




Babble
Anything?


URL blog not email
Put ur link correctly
No harsh words please?



Moments Together


Credits.
Behind the Scene


Skin by : Illi Shuhada
Template Basecode : Najmi Supian
Header : AtiQah
Linkies code : WANA
Re-Edited : Izaty