Muslimah Writer :)
:)

A secret message for you. I LOVE YOU. Nanti kalau aku dah takde, datang rumah aku, ada kotak dalam almari. Semua tuh love letters yang tak pernah kesampaian untuk kau. Read and Weep :)

Mixed Emotion.
Saturday 8 December 2012 • 21:52 • 0 comments


Assalamualaikum.

Aku tak harap kau call aku, text aku, mention aku twentyfourseven. Tak mintak pape pun. Tolong faham lah. Aku tak sengaja nak tersuka dekat kau. Tak sengaja okay. Tapi kalau kau propose then kau main-main. Memang tak lah. I like revenge actually. Once you hurt me, you’re better dead. Mula-mula memang aku nangis, dah move on nanti. Aku takkan tegur kau, takkan reply text kau, takkan angkat call kau, tapi aku akan ada untuk hancurkan hidup kau. Bukan nak cakap apa lah, kalau aku suka seseorang, memang aku suka. Aku boleh suka sesiapa je kan. Tapi dah sayang nih lain, lagi-lagi aku dah terus terang dekat kau sendiri yang aku sayang kau. Aku harap sangat kau yang call aku semalam, tapi takde pun. Takpe lah ken, aku dah cakap aku tak mengharap sangat.

A stranger call me yesterday, dia tanya aku available lagi ke tak? What the hell! Tak kenal kau tetiba tanya macam tuh. Apa nih weh? Then, dia cakap saya ikhlas nak kawan dengan awak. Ergh, aku tak percaya sebenarnya, aku cakap lah maybe awak sama macam lelaki kat luar sana, dia tetiba emo. Ek, kau sape nak emo bagai nih. Dia cakap, dia tak kisah aku dah berpunya ke belum, kalau belum boleh ngorat, tapi kalau dah ada, kita boleh jadi kawan. Dia tak kisah. Aku nak cakap je aku dah berpunya, tapi aku nih sape punya pulak? Ehh, entahlah. So, aku tak cakap pape. Malas nak layan dia, aku letak. Keep calling me, banyak kali. Silent je. Nanti ada emergency ke hape ke, mana lah tahu.

Dah, shuuuhh, stop crying. Kfine, aku tahu aku senang kena tipu. Mak dah cakap, lelaki kak, jangan percaya sangat. Okay, perasaan kena tipu nih sakit. Sakit sangat. Haha, tak sangka aku kena tipu. Dahhhhhhhhhhhh, jangan nangis lah bengong. Ya Allah, cengengnya aku. Sorry, aku memang sangat-sangat langsung tak kuat. Perempuan gedik. Dah pernah kena tipu sebelum nih. Tak amik iktibar. Sakit sangat perasaan nih. Arghhhhhhhhhhhh, fed up with this thing. Why is this shitty thing happening to my life? Fck ah. Ahhhhhhhhh, sakit sangat. Jangan tipu aku kalau tak boleh nak sayang aku lahhh. It’s happening again. Sakit macam Norman dulu. Aku terlalu gembira sebelum nih, now kesedaran mula kembali. Erm, tak sangka. Takpe takpe takpe. Let it go Izaty. Seminggu dah cukup. Jangan sakit lagi lepas nih. SPM dah dekat sangat. Kenapa kena semakkan kepala hotak dengan seseorang pangkat adik je untuk kau, yang anggap kau kakak dia je. Yang takkan pernah ada untuk kau. I’m letting my hair down. Nak potong rambut. Bagi clear, pendek sikit. Fringes, rambut macam amoi. Pendek comel jea. I’ve lost you and I’m enjoying the party. Sorry dik, akak salah sebab boleh tersuka dekat adik. Tengok aku senyum, aku tengah bahagia :D Sakit ini mengajar aku erti kedewasaan, sangat-sangat membantu aku membesar. Be tough is what I need to do. Triple A? Aku tak layak nak suka kau dah. So, next year is gonna suck. All alone. Takde sape dah. Study study study, aku tak pandai. Tak macam dorang semua. Lepas habis SPM, this blog will hilang. I’ll be gone. Aku takkan update lagi dah. Habis SPM, Izaty. Ingat. Jangan tipu. Jangan pernah belajar jadi seorang pembohong. Lagi satu, jangan pernah tipu perasaan kau sendiri. Kalau Mell and semua orang tuh boleh move on, sure you can sayanggg. Rihanna cakap I’ve loved and I’ve lost. SPM titik penentuan segalanya. Twitter akan hilang starting 1 Januari 2013. Facebook pun sama. Blog nih akan hilang setelah SPM tamat. Semua tentang aku akan hilang dan takkan muncul lagi dekat korang. Takde jejak pun lagi. Tapi aku janji dekat korang, jemput lah datang kat wedding aku nanti. Ingat 20 Disember 2020. Aku sure akan kahwin tarikh tuh. Jemput hadir, kalau korang tak datang, sape je nak meriahkan suasana nanti? Sape nak bagi aku hadiah washing machine baru? Sape nak bagi suggestion nama anak pertama aku? Sape nak ada time aku tengah bahagia? Takkan ada saat macam tuh lagi untuk dikongsi. Awak, jangan lupa datang tau. Saya jemput semua orang, satu dunia boleh datang. Abah boleh buat wedding of the year untuk aku. Nanti aku dapat masuk nona, meleTOP, Propaganza. Aku boleh honeymoon dekat Paris macam yang aku cakap, aku boleh pergi Paradise Falls nanti. Walaupun takde orang yang janji nak pergi honeymoon dengan aku. Fck ah, aku benci diri aku sendiri sekarang nih. Kenapa aku tak sedar dari awal? CERMIN diri sendiri tuh Izaty. Aku nak suami kaya, aku nak jadi isteri President macam yang aku cakap dekat kelas, aku tak payah buat pinjaman PTPTN. Suami aku boleh sara aku. Aku perlukan seseorang yang sayang aku walaupun tahu aku tak akan sayang dia balik. Aku nak kahwin dengan orang yang aku benci. Biar dia sayang aku, aku tahu perasaan sayang tuh boleh datang nanti. Hahaha. Aku tulis satu perenggan nih sangat panjang kan. Kalau korang tak nak baca, takpe. Aku tahu mesti leceh kan korang nak baca semua nih. Tangan aku dah tak kuat nak menulis tapi aku tahu, hanya dengan cara nih aku dapat tenangkan diri. Muhammad Izzudin, STJ, fifteen. Nih lah maksud tahniah aku harituh. Tahniah lagi sekali. Aku suka sangat tengok dia senyum. Malu aku nak cerita dekat Mell and Wanie, hubungan nih tak kemana. Hubungan nih tak bermula pun sebenarnya kan. Haha, tapi aku akan ingat semua yang pernah dia cakap. Terima kasih. Maybe betul cakap Danny, dah habis belajar, dah dapat gaji bagus, hah, kahwin lah kau. Thanks Danny, aku tahu kau meluat nak baca semua nih. Tahu sangat. Siapa dia dalam hidup aku? Kawan yang baik. Everything happens for a reason. Kedewasaan, arah tuju aku sekarang. Stop being manja, stop being childish, stop everything. Esok aku tukar bio aku dekat twitter and ask.fm sebab takkan aku nak terus bermimpi. Hidup di dunia nyata lah Izaty. Siapa lah aku nih kan? Top 10 dalam hidup kau, kau letak aku tempat kesepuluh kan. Tempat yang mana kau letak kawan sementara kau yang kau boleh letak bila-bila masa. Lepas nih, aku dah ada alasan untuk tidak topup. Sebab buatpe message dengan adik, twitter kan ada. Kitorang akan tetap jadi kawan sampai bila-bila. Friends are just faded memories. Sakit pinggang aku nak menulis semua nih. Blog aku akan jadi private 1 Januari jugak. Sape nak baca, bagitahu aku. Message aku 019-2202422. Message suruh bukak blog. Nanti aku bagi korang masa untuk baca blog aku ek. Panjang sangat kan karangan aku nih. Adalah dalam 1000 lebih patah perkataan. Baca lah korang. Amek masa. Aku seriously sayang dia. Aku tak tipu. Dia pun cakap dia sayang aku. Baguslah. Two strangers met and love each other. Phenomenal betul. Dramatic sungguh. Kalau ada hadiah untuk menulis essay nih ken, aku dah lama menang. Haha. I’m happy again. See, only writing makes you better. Sometimes, only paper understands your feelings. Right? Haha. Aku penat nangis. Penat sangat. So now, I’m just gonna smile and act like nothing ever happened to me.

These pictures describes how I feel for tonight. Enjoy.












Tengah dengar No Promises by Shayne Ward, I just want to die in your arms. Try dengar, sedih lah jugak. Aku bukak lah lagu nih padahal lagu nih tentang lelaki tuh nak sangat dekat perempuan tuh. Aku tak nak pun sebenarnya. Lagu nih sedap sebab dia slow, boleh jadi lullaby untuk aku. Lepas lagu nih, aku dengar lagu Can I Have This Dance. Lagu yang boleh buat aku tidur dengan cepat sangat. You look so beautiful today. Yakin gila. Kau fikir kau cantik Izaty? Ya Allah, tolonglah. Kau tak cantik langsung. Sikit pun tak. Haha. I’m so mean. Those crying buat mata aku sakit. Pagi tadi bangun nak pergi tuition, sakit giler mata. Nasib baik aku pakai specs. Terang sikit view. Tak payah nak kecikkan mata. Harini satu hari dia tak text aku, haha, aku yang sakit ke dia yang sakit nih? Ekk, kisah pula aku. Jangan pura cinta padaku minta aku kembali. Haha, ayat tak boleh belah. Takpelah, aku tak kisah. Kita still saling sayang menyayangi ken. Saya sayang awak, tak tahu lah awak macam mana.

Lepas aku cakap macam tuh, kau terus tak nak text aku? Okay, phone sunyi balik. Takde sape nak call malam-malam. Ergh, aku tak kisah lah about nak call ke tidak tuh. Yang aku hairan, kenapa not even a good morning text? Orang lain kalau merajuk, mesti say sampai hati awak tak message saya ken. Aku tak mungkin lah macam tuh, rasa jijik pula. Kejap, bahasa baku nih pelik ke? Tak ken? Sebab takde lah fully bahasa baku. Tak reti lah nak guna bahasa wempitz, geli. Sebab dari tadika, aku belajar nak eja jugak. Erm, malas nak cerita berkisar pasal dia, nanti aku nangis lagi meyh. Hahahahahahahahahaha. Takmo lah nangis. Manja betul.

Aku tak nak tengok movie dah. Nak study, study! Belajar nih penting tahu tak. Mana boleh main-main lagi sekarang nih. Mana ada masa nak bercinta bagai. Erk? Haha. Pernah terbaca yang saying Haha is better than LOL. Sebab tuh, aku jarang sekali sebut LOL nih. Haha haha. Banyak bazir masa just by watching movie. Takde lah best mana. Baring atas katil, mengadap laptop dari tengahari, and then makan pun kalau boleh nak mengadap laptop je. Hah, amalkan lah. Bagus sangat lah tuh. Anak dara hape lah nih. Perangai sungguh tak elok. Haishhh -.- Tapi lepas nih, kena study lah ye. Macam mana nak dapat straight A SPM nanti kalau tak belajar dari awal lagi? Kena lah study. Okayyyy, study Izaty. Hwaiting! Hwaiting! Hwaiting! Azza Azza Hwaiting! Study Add Math, bab 1. Jangan tidur pula bengong. Aku teringin jugak nak tengok pasangan gay nih macam mana. Gay. Lesbian dah banyak kali dah tengok. Hari-hari aku jumpa. Haha. Topik apa nih? Ahh, nak tengok gay. Nak sangat tengok gay buatpe je. Eii, Izaty nih, pelik pelik jer.

Abah bawa balik durian. Erm, makan sikit jer. Takpelah. Dia pernah cerita, arghhhhhhhh, jangan ingat lagi pasal dia. Tapi dah aku sayang dia. Aduh, jangan cerita. Jangan Nur Izzati, be tough macam yang Amni cakap. Lepas nih, jangan cerita pasal dia. Maybe teringat tuh perkara biasa. You’ll get used to it. Sayang tuh perkara biasa lah weh. Kejap ea, aku nak cakap nih, aku suka Shaheizy Sam sangat-sangat-sangat-sangat-sangat. Tetibe tukar topik. Selalu teringat dia nih kenapa? Ahh, takpe. Izaty ken hebat. Sangat. Sebab aku tak makan banyak, mak terpaksalah buat pengat. Makan dengan roti sedap. Roti sekeping bahagi empat. Dapat kecik-kecik punya. Baru senang nak makan. Malas lah aku nak makan sebesar-besar roti, tak elok kan perempuan makan nganga mulut besar-besar. Tak sopan gitu. Laa, Izaty oi, sejak bila jadi ayu gitu? Eh, nampak dek mak mentua, di rejectnya aku nanti, macam mana? Kau nak tanggung. Haha. Malam nih, ribut. Aku benci guruh and kilat. Benci sangat. Buat aku terkejut. Ahh, macam mana nak tidur malam ni? Sejuk pula tuh. Nak tidur dengan adik, nanti dia bahan aku esok pagi. Ekk, tak suka betul lah. Hujan aku tak kisah lagi, nih kilat and guruh. Takpe Izaty, gedik betul. Dah besar-besar nak takut kilat and guruh. Macam budak-budak. Nak jadi matang pun takkan boleh hilang ketakutan nih. Ahh, guruh nih menyeramkan. Tidur malam nih, gerenti tak boleh tutup lampu. Nanti kalau tetibe dalam gelap kilat memancar, ahh, tak nak aku amik risiko. 


Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , ,


Bonjour!
Izz



Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it?
Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials




Babble
Anything?


URL blog not email
Put ur link correctly
No harsh words please?



Moments Together


Credits.
Behind the Scene


Skin by : Illi Shuhada
Template Basecode : Najmi Supian
Header : AtiQah
Linkies code : WANA
Re-Edited : Izaty