
|
Amalan Rasulullah :)
Monday, 3 June 2013 • 23:21 • 0 comments
Assalamualaikum.
Nak share sikit amalan yang selalu diamalkan oleh Rasulullah.
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim... Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Slangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah.. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
That's all for today. Credit to mikhaeylrafaeyl for the info. Hehe. Thanks.
p/s: Diri ini alpa. Jadi, Ya Allah, berikanlah diriku petunjuk dan bawalah aku ke jalan kebenaran.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Hurt, #Knowledge List of PHOBIAS ;)
Sunday, 2 June 2013 • 21:58 • 0 comments
Assalamualaikum.
I just want to share something about jenis-jenis phobia. Mesti ramai yang ada something yang ditakuti. Macam takut gelap, takut tempat tinggi. That is what we call phobia. Banyak sangat yang saya takut dalam dunia nih. Baru-baru nih saya ada menonton Secret Garden, mungkin ya, saya agak ketinggalan zaman tetapi di dalam cerita ini watak keduanya mempunyai phobia terhadap ruang yang sempit iaitu Claustrophobia. Bagaimanakah itu? Di sini ada penjelasannya :)
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Knowledge Muslimah Writer :)
Friday, 31 May 2013 • 22:06 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hey, dah
lama rasanya aku tak update blog kan. Rindu pulak. Hehe. Aku tak pergi
mana-mana pun sepanjang cuti dah seminggu nih. Adik kena pergi sekolah, kelas
tambahan katanya. Heleh, nak UPSR memang macam tuh. Aku nak pergi tuition
memang susah lah. Aku pun tak tahu aku buat apa je dekat rumah nih. Tup tup dah
hari Jumaat. Hmm. Aku sebenarnya nak kongsi pasal a blog nih.
It’s
about a Muslim writer. Macam nama blog dia jugak. I got inspired by him. Aku
nak jugak blog aku nih jadi blog yang agak Muslimah. Tak nak dah ada cintan
cintun dah. Background aku dah jumpa dah. Comel je stripes dia macam
bergerak-gerak. Header aku boleh buat sendiri. Cerita and sumber inspirasi aku
boleh cari. Aku akan buat satu transformasi yang amat hebat pada blog aku nih.
Kalau line laju lah. Aku dah suruh Abah pasang Unifi dah dekat rumah nih. Memang
harapan takde line memanjang. Sedih aku. Nak update blog.
![]()
This is
about a girl yang sangat-sangat di pandang rendah. No one ever looked highly on
me. Or maybe aku yang bagi orang pandang rendah dekat aku. Okay, now aku nak
dalamkan ilmu agama aku. Aku tak perlukan orang-orang yang pandang rendah dekat
aku. And aku dah tak kisah. I’m being myself. Yes, I made a fool out of myself.
Aku terlalu hyper, terlalu bahagia setiap masa, terlalu cengeng, terlalu
sombong, terlalu over dalam segalanya. Sebab itu aku perlukan pendinding agama
yang sangat kuat untuk kuatkan diri aku. Aku akan telan semua yang orang kata,
segala fitnah, segala kata-kata nista. Cehh. Haha. Okay, done writing. Terlalu
pendek kan bagi aku. Tapi orang tak pernah nak try baca pun aku tulis. Penat je
aku. Aku kongsi sesuatu yang aku rasa aku nak kongsi. Tak nak baca takpe lah :)
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #ILoveYou Muslimah.
Thursday, 28 March 2013 • 14:42 • 0 comments
Assalamualaikum.
Nih Izzati the good version dah hapuskan the bad version. Sekadar memperingatkan diri. I love myself. Muslimah itu lembut hatinya, rapuh jiwanya. Andainya mereka tersilap langkah, mohon bimbingan, bukan celaan. :') Muslimah itu, Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari. Muslimah itu, Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi, Terkadang air matanya menitis laju tak terperi, Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi, Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy. Muslimah itu, Adalah manusia biasa, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia, Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya, Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa? Kerana dia juga manusia biasa. Apa-apa pun, Yang pastinya, Muslimah itu, Sentiasa bangkit bila terjatuh, Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk, Sentiasa cuba untuk improve diri, Dari semasa ke semasa tanpa henti, Walau terkadang dia tersungkur, Itu bukan kerana dia lemah, Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, Jadi kuat dari sebelumnya, Kerana dia berusaha, Untuk menjadi bidadari dunia, Dan juga di akhirat sana.
Assalamualaikum.
Labels: #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala
|
Bonjour!
Izz ![]() Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it? Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials
Babble
Anything? ![]() URL blog not email Put ur link correctly No harsh words please?Moments Together
Credits.
Behind the Scene ![]() Template Basecode : Najmi Supian Header : AtiQah Linkies code : WANA Re-Edited : Izaty |