
|
Amalan Rasulullah :)
Monday, 3 June 2013 • 23:21 • 0 comments
Assalamualaikum.
Nak share sikit amalan yang selalu diamalkan oleh Rasulullah.
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim... Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Slangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah.. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
That's all for today. Credit to mikhaeylrafaeyl for the info. Hehe. Thanks.
p/s: Diri ini alpa. Jadi, Ya Allah, berikanlah diriku petunjuk dan bawalah aku ke jalan kebenaran.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Hurt, #Knowledge List of PHOBIAS ;)
Sunday, 2 June 2013 • 21:58 • 0 comments
Assalamualaikum.
I just want to share something about jenis-jenis phobia. Mesti ramai yang ada something yang ditakuti. Macam takut gelap, takut tempat tinggi. That is what we call phobia. Banyak sangat yang saya takut dalam dunia nih. Baru-baru nih saya ada menonton Secret Garden, mungkin ya, saya agak ketinggalan zaman tetapi di dalam cerita ini watak keduanya mempunyai phobia terhadap ruang yang sempit iaitu Claustrophobia. Bagaimanakah itu? Di sini ada penjelasannya :)
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Knowledge Muslimah Writer :)
Friday, 31 May 2013 • 22:06 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hey, dah
lama rasanya aku tak update blog kan. Rindu pulak. Hehe. Aku tak pergi
mana-mana pun sepanjang cuti dah seminggu nih. Adik kena pergi sekolah, kelas
tambahan katanya. Heleh, nak UPSR memang macam tuh. Aku nak pergi tuition
memang susah lah. Aku pun tak tahu aku buat apa je dekat rumah nih. Tup tup dah
hari Jumaat. Hmm. Aku sebenarnya nak kongsi pasal a blog nih.
It’s
about a Muslim writer. Macam nama blog dia jugak. I got inspired by him. Aku
nak jugak blog aku nih jadi blog yang agak Muslimah. Tak nak dah ada cintan
cintun dah. Background aku dah jumpa dah. Comel je stripes dia macam
bergerak-gerak. Header aku boleh buat sendiri. Cerita and sumber inspirasi aku
boleh cari. Aku akan buat satu transformasi yang amat hebat pada blog aku nih.
Kalau line laju lah. Aku dah suruh Abah pasang Unifi dah dekat rumah nih. Memang
harapan takde line memanjang. Sedih aku. Nak update blog.
![]()
This is
about a girl yang sangat-sangat di pandang rendah. No one ever looked highly on
me. Or maybe aku yang bagi orang pandang rendah dekat aku. Okay, now aku nak
dalamkan ilmu agama aku. Aku tak perlukan orang-orang yang pandang rendah dekat
aku. And aku dah tak kisah. I’m being myself. Yes, I made a fool out of myself.
Aku terlalu hyper, terlalu bahagia setiap masa, terlalu cengeng, terlalu
sombong, terlalu over dalam segalanya. Sebab itu aku perlukan pendinding agama
yang sangat kuat untuk kuatkan diri aku. Aku akan telan semua yang orang kata,
segala fitnah, segala kata-kata nista. Cehh. Haha. Okay, done writing. Terlalu
pendek kan bagi aku. Tapi orang tak pernah nak try baca pun aku tulis. Penat je
aku. Aku kongsi sesuatu yang aku rasa aku nak kongsi. Tak nak baca takpe lah :)
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #ILoveYou Mario Maurer :)
Sunday, 5 May 2013 • 19:42 • 0 comments
Assalamualaikum.
Mamat nih comel. Harituh aku tengok dekat sekolah. Hehe. Dia comel gila.
Mario Maurer.
Wahai kekasihku, pandanglah aku dengan pandangan yang menyejukkan. Hehe. Gatal sungguh aku nih. Tapi sumpah melting kalau dia renung dalam-dalam mata aku. Hehe.
![]()
I want to have a date like this. No need romantic dinner pun. Setakat duduk and talk about everything about us. Hmm. I love you.
![]()
I like the moment when you asked me to be your girlfriend. I miss that. I love you.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #ILoveYou, #IMissYou, #Memories Krypton's Candle Night Dinner.
Friday, 3 May 2013 • 15:21 • 0 comments
Assalamualaikum.
Dengan ini nak cakap, saya Nur Izzati Abdul Rahim merindui awak. Hoho. Gedik gila.
Saya nampak kebahagiaan di muka awak. Saya tahu awak bahagia. So, saya doakan awak bahagia selamanya.
Little cute me and dearest Zaid, I called him Burbur. Comel kan. Hehe. Aku tahu aku selebet. Hmm :')
Haziq Salam, sangat-sangat annoying. Suka bajet handsome. Dayus, suka pukul aku. Tapi aku sayang dia. Semalam duduk sebelah dia, cerita pasal everything. Dia demam. Kesian. Gedik. Suka junior. Hoho.
Little Fararara. Hoho. Comel je tetot aku nih.
Hajar and Burbur ;)
Ada orang tuh nangis just sebab Hajar take a picture with this handsome Genji. Hmm. Nuisance.
No need to talk much. Hani kata aku cengeng. Biarlah dia je yang tahu kenapa dengan aku. Aku seriously memang sangat cengeng. Hmm. Sedihsedih. I owe you an apology. I'm sorry for falling in love.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #Changing, #HeartBroken, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #Memories, #SadAlways, #SepiSelamanya, #WhileI'mAllAlone Hey you.
Tuesday, 30 April 2013 • 17:43 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hmm. This guy. maybe ramai yang dah tahu. Hmm. The Triple A. The April 8th. Tak perlu ditanya siapa dia. Siapa yang kenal sudahlah. Aku tak nak bahas panjang-panjang. Just nak cakap, tersuka dekat schoolmate sendiri memang akan ada di zaman persekolahan nih. So, aku boleh tersuka pada dia. Tapi aku taknak curang. So, apa boleh buat? Aku sayang Izz aku. Sangat-sangat. Hmm. Tapi aku rasa macam dia tak sayang aku je. Maybe perasaan aku je kot. This is the guy told you about. The Triple A. The April 8th.
![]()
The left one.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #Changing, #DreamingBig, #Hurt, #ILoveYou, #Memories Hari Remaja Jepun.
Saturday, 27 April 2013 • 14:05 • 0 comments
Assalamualaikum.
Terkadang kita lupa apa itu erti kesedihan apabila terlalu banyak kegembiraan muncu dalam hidup. Kadang-kadang kita lupa pada payungan Allah apabila kita terlalu berfoya-foya dengan rasukan syaitan. O Allah, I'm sorry. Rasa macam nak nangis. Tapi aku tahan. Sometimes, I do cry for no reason. Aku rasa macam hati aku sakit sangat. Then, ditahan-tahan lagi. You, I look at you. You ignore me. Itsokay. Aku tahan lagi. Orang cemuh aku. Aku tahan jugak. Sampai bila-bila aku akan tetap tahan. Yupp, aku kuat. Berlagak kuat. Berlagak cool. Berlagak macam there's nothing going on. O Allah, kesabaran aku ada batas. InsyaAllah, aku akan tahan. Hmm. Aku sedih. Tuh jer nak cakap. Mukadimah je yang panjang-panjang tuh. Saje. Bosan :)
Hari Remaja Jepun. Hambar. Bosan juge. Heleh ~
Pictures.
Bahagia itu susah nak datang. Appreciate lah weh. Aku sayang diri aku sendiri. Hehe. And sayang korang juge. Denaaaaaaaaaa, I miss you. Kau comel dalam wallet Danny.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DreamingBig, #HeartBroken, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #Memories Cry.
Saturday, 20 April 2013 • 13:56 • 0 comments
Assalamualaikum.
Post nih pendek je. Hanya sekadar meminjam laptop Sabrina dan battery hampir habis. Hmm. Ceritanya begini. Saya ponteng makan tengahari hari ini. Sebab saya inginkan kesenangan selepas hati saya rasa gundah gulana. Mungkin ada yang pelik kenapa saya begitu baku pada hari ini. Saja. Ingin tukar mood.
HAK. Hari Anugerah Kecemerlangan. Saya hampir menangis. Pertama kerana, lagu choir tingkatan dua sangat sedih. Bertemakan persahabatan. Lagu Mandarin yang sangat menggoda. Saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa nak menangis walaupun saya tidak berapa memahami bait-bait seni kata lagu itu.
Sebab kedua, di dalam DIK itu sangat panas. Kipas yang ada tidak dapat berfungsi dengan berapa elok. Sangat-sangat menyedihkan. Saya bertugas beberapa shif dengan kawan-kawan saya iaitu Hajar Fariesa, Syafiqah Nazni dan Farahana Md Din. Mereka sangat comel. Dan saya mengiringi pengetua dan VVIP memberi hadiah. Saya rasa saya cukup comel di atas situ tadi. Hehe. Tangan saya lenguh tapi saya gagahkan juga. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Ketiga, sebab caklempong. Beat lari, tempo lari, not synchronize. Saya kecewa, saya nak main sangat-sangat. Dalam hati saya berkata, mereka tidak boleh lawan kumpulan Caklempongers 2012. Terhebat wok. Saya menangis kerana benda yang saya banggakan kini dah jatuh ke tangan orang lain dan menjadi semakin teruk. Hmm. Cikgu hanya kata, kurang latihan. Saya orang seni, saya tahu apa yang salah. Jadi jangan salahkan saya jika saya rasa caklempong akan hilang satu hari nanti.
Dia naik pentas. Tahniah. Saya berbangga dengan anda :D
![]()
Sekian, Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #Changing, #Hungry, #Hurt, #IMissYou, #Memories, #WhileI'mAllAlone Troubles.
Saturday, 13 April 2013 • 23:00 • 0 comments
Assalamualaikum.
Sekolah dua minggu. A lot of troubles. Sangat
macam-macam. Keceriaan dorm lah, MTQ nak datang lah. Eh, stop menyusahkan hidup
orang boleh tak. Masing-masing lack of sleep. Penat. Bulan April nih terlalu
banyak perkara menyusahkan. Hmm. Kecuali that one day, April 8th.
Aku tak bagi hadiah. Langsung tak bagi hadiah. Tahu kenapa? Sebab tak sempat
nak beli. Aku just bagi sticky note tulis Happy April 8th. Hohoho.
Sekarang kan, aku suka gelak macam nih hah. HOHOHO. Macam Santa.
Semalam stay up sampai pukul 2:30 pagi tengok Rise of
The Guardians dengan Meet the Robinsons. Haha. Sanggup. Dekat sekolah tak boleh
tengok. Sebab dekat sekolah semua orang study. So, aku pun kenalah study jugak.
Nak pandai jugak weh. Ada class tuisyen lagi, nanti dia nak expand study time
kitorang sampai pukul 4 setiap isnin dan selasa. Rabu dan khamis ada aktiviti
koko. Eshh, nasib baik jumaat, sabtu, ahad. Sekarang nih tengah tengok Bloody
Monday. Hoho. Cerita pasal virus hape entah. Tapi best lah jugak. Tak pernah-pernah
aku layan cerita Jepun. Yosha. Kalau nak tengok, minta aku. Nanti aku bagi.
Heleh. Macam boleh bagi je. Sekarang movie dah banyak. Ehh, jealous dengan
Suraya. Dia dah tengok Olympus has Fallen. Nak tengok jugak weh. Ira pulak dah
tengok The Croodes. Awhh, sangat jealous. Aku nak keluar tengok wayang pun
Susah. Ish. Takpe. Nanti ada orang downloadkan. Hehe.
Sebenarnya, sekarang nih aku tengah obsessed dengan
seorang lelaki handsome nih. Yang pastinya, bukan lelaki melayu lah. Aku suka
tengok dia nyanyi. Dia banyak cover lagu. Tak kisah lah korang kata dia tak
handsome ke. Dah aku suka nak buat macam mana. Hesh, aku type nih dah laju
macam hacker tuh jer. Hehe. Tak sangke aku nih pantas. Hoho. Perasan gila kau nih.
Eh eh, nama lelaki tuh Max Schneider. Hehe. Handsome sangat-sangat. Dia tuh dah
lah handsome, pandai nyanyi. Tapi satu je. Aku sayang Cody Simpson aku and aku
nak kahwin dengan Bruno Mars. Heleh. Comel kan aku. Lol.
Nih boyfriend aku. The next tuh, scandal aku. The last
one, my future husband. Oh yeay yeaah. Haha.
![]() ![]() ![]()
Keluar beli barang asrama. Banyak gila aku borong.
Seluar beli sampai 5 pasang. Ek. Pasang ke? Hoho. Makanan beli macam lah dalam
locker tuh takde makanan lagi. Siap beli storage box lagi. Satu untuk makanan.
Satu lagi untuk baju. Macam nak pindah terus pun ada. Sekarang kena lipat baju,
kena gosok baju. Kebanyakannya mak lah buat. Aku duduk tengok. Tolong
sikit-sikit tuh ada lah. Mak, kalau boleh akak tak nak balik asrama dah. Masuk
form5 nih aku selalu rindu mak. Homesick je lebih. Nak balik je memanjang. Kadang-kadang
menangis lah jugak. Hmm. Kalau akak tak balik asrama boleh tak mak?
Esok dah balik asrama. Rasa macam kejap sangat duduk rumah
nih. Ommo. Nak nangis je. Hari tuh, Nasran ada tanya kenapa aku tak update
blog. Nak update lah nih. Aku tanya lah, kau baca ke blog aku? Eh, of course
lah. Hehe. Bangga seketika. So, sekarang nih aku nak kena rajinkan diri
mengupdate blog aku yang tak berapa menarik nih. Lalala ~ Tadi beli buku past
year papers. Semua subject except for Sejarah. Tak jumpa buku tuh. And aku dah
beli hadiah dah untuk mamat April 8th tuh. Hehe. Bahagia sekejap.
Esok nak kena beli headphone pulak. Wajib tuh, kalau tak nanti ada orang
mengamuk. Hohoh, takut gila. Ingat Izzati. Wajib beli. Tak kira lah. Duit aku
dah habis. Tadi beli novel apa entah. Tajuk dia Sisa Cinta Kita kot. Not that
sure. Whatever.
![]()
This is the stupid me. And I love myself. Exam hari tuh
English aku 84% The highest in my class. Bangga juga selama seminit. Hoho.
Jangan poyo sangat lah. Tak ke mana pun kan. Heleh. #nw Bloody Monday. Tak habis-habis
lagi dari semalam. Hishh. Sampai mengantuk aku dibuatnya. Baju tak habis lipat
lagi. Esok pagi kena keluar jumpa doctor, laaaaa. Kejap siapkan semua benda malam
nih. Mak bagi aku beg baru. Reebok. Warna orange. Ish, tak berapa suka warna
tuh, tapi beg tuh macam lawa je. Hitam je sebenarnya. Simple but nice. Takpe,
pakai je. Dah mak bagi tuh bersyukur lah. Hmm.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #StudySmart, #WhileI'mAllAlone Ice cream.
Thursday, 28 March 2013 • 00:51 • 0 comments
Assalamualaikum.
Mengidam ice cream. Nampak iklan Magnum semalam, cakap dekat Abah suruh beli. Abah buat donno. So, harini pergi Tesco. Dalam Tesco tuh, tak teringat pun nak beli ice cream. Then, dah bayar dah, dah siap Mak singgah kedai kain. Aku pergi lah usha News.com ke hape tah. Tengok-tengok novel and comics, nak bayar dah nih. Dah keluar dah duit besar aku. Nampak Magnum. Ommmmo, nak beli. Tapi tak teramek. Sedihsedih. Alaaaaaaa, nak beli ice cream.
Erghh, seksanya. Nak menunggu ice cream jatuh dari langit memang tak lah. Sampai bila-bila pun takkan dapat. Please someone, belanja ice cream. Teruk dah mengidam aku nih. Nak minta orang tuh belikan, memang susah. Hmm, nanti dia cakap aku manja, macam budak-budak. Tak suka aih.
![]()
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Hungry, #ILoveYou, #Mengidam, #SadAlways, #WhileI'mAllAlone Le Petite.
Wednesday, 27 March 2013 • 14:09 • 0 comments
Assalamualaikum.
![]()
Aku suruh lelaki nih bagi pandangan menggoda dekat korang. Hehe. My Andrew Garfield. Ada amaran sikit untuk lelaki dekat luar sana.
Ich wusste, dass du en das erzähle ich.Deutsch gelernt, damit ich sage dir, nicht rauchen. Es ist nicht gut für Ihre Gesundheit. Bitte. Es ist nur zu deinem Besten. Ich liebe dich. Das ist, warum ich Ihn
Pandai-pandai korang lah cari apa maksudnya.
Je savais que vous appris l'allemand donc je vous le dis, ne pas fumer. Ce n'est pas bon pour votre santé. S'il vous plaît. C'est pour ton bien. Je t'aime. C'est pourquoi je te dis ça.
Ini pulak version French :) Haha. Aku tak tahu kenapa tetiba rasa macam nak pergi foreign country, try to speak their language. Nak sangat weh. Takkan nak duduk Malaysia semata-mata. Nak explore the world. Tak nak sempitkan minda. Nak kembangkan ilmu. Tapi kena strive juge. Tak bolah terus main-main. Hehe.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #ILoveYou, #IMissYou Babble.
Monday, 25 March 2013 • 21:41 • 0 comments
Assalamualaikum.
The crush. Tak nak cerita pape pasal dia. Malas. Nak
tukar bio twitter, nak tukar nama, nak tukar background. Semua tuh sudah. Lepas
nih nak kena buka adik punya ‘katak’ pulak. Esok nak pergi shopping. Lalala.
Bukan shopping lah. Agak macam beli barang asrama. Nak kena note book Paris,
stabilo pens, and kertas apa entah. Then nak kena print nama aku banyak-banyak.
Nak kena beli sticky note untuk Quran aku. Macam-macam weh nak beli walaupun
benda tuh macam tak penting. Penting bagi aku.
Aku dah siapkan list apa nak beli dah kat atas meja aku. Tengah cari
nih. Where the hell did I put that list? Haha. And on number two on my list
tertulis varsity. And aku rasa aku tak nak beli lah. Lebih baik kalau tak payah
beli pape untuk dia. Takde lah aku terus mengharap dekat dia lagi. Dia takkan
hargai aku pun. Dia suka kawan aku.
And atas dasar friendship, aku tak kisah pun pasal tuh.
Aku tak amek peduli pasal tuh langsung. Aku teruskan persahabatan ini. Aku
sayang kawan-kawan aku. Tak kisah hilang crush asalkan tak hilang kawan.
Nazihani Nazir, kau still hutang aku satu cerita walaupun kau tak tahu cerita
apa kau patut bagitahu aku. Takpe, asalkan kau cerita sebelum terlambat. Aku
tak kisah pun. Entah-entah sampai kita keluar sekolah pun kau tak cerita. Aku
akan sentiasa ingat benda tuh weh. Haha. Mangkuk ayun. Nanti nak BBM dengan
HajarFariesa. Tapi malas lah pulak nak pegang phone. Hajar, nanti aku bagi list
lagu. Kau download je tau. Kalau tak muat, delete je lagu-lagu tak best tuh.
Lagu apa yang aku dah ada dekat MP3 aku yang ada dekat aku nih. Hajar, aku nak
cakap nih. Weh, Andrew Garfield handsome giler oh. Nampak macam Zayn Malik tapi
comel lagi. Awhh, melting. Hani, aku tengah tengok Heartstring nih. Takkan skip
lagi. Tak janji tau. Sebab aku busy keluar jalan-jalan. Haha. Pergi rumah nenek
sedara aku dekat Jalan Conlay sana.
![]()
Tengok Hari Jubah Mat Luthfi rasa macam nak jugak
berjaya macam dia. Awhh, jealous. Nak jadi macam dia. InsyaAllah satu hari
nanti. Nur Izzati Abdul Rahim :)
![]()
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DreamingBig, #ILoveYou, #IMissYou, #StudySmart My Future :)
Saturday, 23 March 2013 • 22:17 • 1 comments
Assalamualaikum.
Listening to Judika’s Setengah Hati Merindu. Aku tahu
takde siapa yang baca blog aku nih. So, nih cerita aku. Bukan untuk tontonan
umum. Hanya untuk aku meluahkan perasaan aku. Lagu slow macam nih affect hati
aku sangat-sangat. Dan aku tak nak. Aku tak nak terbuai. I AM not okay with all
this. Aku tak berapa bagus. I think that I don’t deserve to have all this. Tapi
syukur Alhamdulillah, I really have to live to go through with all this.
Result SPM 2012. The moment I went there. Sedih weh. No
straight A+. Hanya 20 straight A. Ramai yang aku expect to go up there tak
naik. Siapa yang kau harap Izzati weh? Aku harap sangat orang-orang yang aku
sayang naik atas tuh. Macam Kak Umi, Kak Yaya, Kak Qiba, and akak-akak yang
made my 2012. Serious, ini bukan bodekan. Aku memang sayang dorang. Haha. And
Kak Ira, mana kau doh? Aku call kau. Kau cakap otw. Menyirap kot. Tak
sampai-sampai ke sudah. Well, next year aku akan naik atas tuh. I cried on that
very day. Result SPM 2013 akan ada nama aku sebagai salah satu calon straight
A. Aku akan naik pentas tuh and kalahkan Syasya Alina, Shifaa’ Salleh, Suraya
Ashikin, Daniel Helmee, Aizuddin Hambali, ‘Izzat Nafis Fawwaz, Muadz Zaki and
dia. Aku menangis hari tuh sebab aku takut. Aku takut aku tak dapat kalahkan
dia. Risau sangat. Aku nak naik sangat weh. Aku nak tunjuk dekat Aiman Hisyam
aku pun boleh berjaya. Weh, thanks for looking down on me. Memang aku
main-main. Memang aku tak sesopan Shifaa’ Salleh. Maybe I’m not the best.
Persepsi orang dah tak boleh diubah kalau sekali dipandang serong. Tapi just
wait. Aku tak membantah kalau korang cakap. Aku tahu aku ada strength untuk
jadikan hati aku nih macam batu. Aku akan terus bagi fake smile aku. Aku akan
terus berpura-pura aku bahagia. Aku tahan air mata aku dah 5 minggu. Aku tak
tunjuk. One day, InsyaAllah.
I’m too childish to look in front for my future. Tapi
sedarlah Nur Izzati, kau tuh dah 17 tahun. Tahun nih SPM. Tahun depan PLKN.
Tahun depannya lagi dah masuk U. Kau kena betul-betul fikir masa depan. Semalam
Abah dah tanya, kau nak masuk U mana. Bengong gila kau cakap kau tak tahu.
Kalau boleh aku nak pergi Australia. Macam Iman and Huda. Tapi course apa weh.
I’m really interested in being an engineer. Tapi Abah macam nak aku jadi
doctor. So, I’m confused right now. Kalau dekat Malaysia, aku boleh je masuk
UPM or UITM. Amik Diploma In Music. Then, boleh ajar kanak-kanak main piano.
Erm, I just want people to start sedar music itu indah. Indah sangat weh. I
feel tenang kalau dengar lagu-lagu nih. Eventhough dalam piano, we always play
the classical songs tapi boleh je kita cipta lagu sendiri. Macam aku nih, tak
layak lagi nak cipta lagu. Grade 6 tak memadai. Lagi 2 grade je weh. Tapi
terpaksa stop sebab aku masuk asrama. I’m not blaming the asrama thingie. Tapi
kalau lah, kalau aku tak masuk asrama, tahun nih dah habis dah. Then sambil
tunggu result tahun depan boleh je ajar those little kids. Aku dah nak habis
dah. Aku tak tahu kenapa tapi tahun nih aku kemaruk nak naik pentas. Kalau
boleh everything yang aku lalui, aku nak naik pentas. Untuk NILAM, untuk SPM,
untuk CONCERT. Untuk segalanya. And I can commercialise the caklempong.
Traditional music can go far. Impian aku.
My future. I’m afraid to think about it. Tapi aku tak
boleh nak sempitkan laluan aku nih. Jalan aku jauh lagi. Selama Allah izinkan
aku hidup di atas muka bumi ini. Aku tak patut putus asa. Allah ada. Apa yang
Allah bagi, mungkin itu yang terbaik untuk aku. Dia nak aku berusaha. Masa
Inspirasi Diri harituh, aku percaya akan kemampuan diri aku sendiri. Yes, I can
do it. Allah dah pilih jalan untuk aku. Yang terbaik pastinya. InsyaAllah.
I’m gonna make a difference. Just believe in me. Pinky
promise. And let me show you that I AM THE BEST!
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #FunHoliday, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #SepiSelamanya, #WhileI'mAllAlone Si Pendek.
Saturday, 2 March 2013 • 22:05 • 0 comments
Assalamualaikum.
![]() ![]() ![]()
Harituh aku jatuh basikal. Saje je nak cerita. Aku yang form 5 nih jatuh basikal. Dekat depan DIK. Malu kot. Naik basikal dengan Hajar Fariesa for two days me'ronggeng'. Memang best. Dia berat, aku bawak senget-senget. Masa aku bawak Hani, aku langgar tiang dua kali. Bawak Hajar sampai langgar bushes sebesar alam dekat depan kelas 5H. Aku jatuh basikal sebab aku pendek. Haha. Aku pendek weh. Malunya.
![]() ![]() ![]()
Si pendek nih ada konflik sekarang. Ada seorang nih, no mentioning her name. Aku tanu dia takkan buka blog aku pun tapi apa aku kisah kan. Aku tahu tak baik mengata tapi nih apa yang aku rasa. Dia mengadu dekat kawan aku. Sikit-sikit Dottie. Nak makan panggil Dottie, nak pergi surau panggil Dottie. Semuanya Dottie. Haha. Awak jealous kah? Itu bukan satu masalah. Itu hak mereka yang inginkan saya. Masa saya mencari kawan. Duhh -,- saya tak kisah pun. Saya ada satu masalah dengan dia nih. Adik angkat semua orang dia nak ambil. Adik aku Aiman tuh pun dia nak ambil. Amek lah amek. Aku halalkan. Godai dengan itu panggilan akak adik. Haha. Aku tak kisah dah. Fokus Izzati.
![]() ![]() ![]()
Sekarang nih tengah cari doodle comel untuk buat header sendiri. Aku cari doodle couple sebenarnya. Tapi tak banyak pilihan. Nanti lah aku cari lagi. Sebab masa tak banyak. Kena study Biology lagi. Erghh. Si pendek nih kan, suka perkataan baru nih. Hakuna Matata. It means: no worries.
That's all for tonight. Assalamualaikum.
![]()
I'll be waiting for that someone special :)
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #Freebies, #FunHoliday, #HeartBroken, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #ProudToBeMalaysians, #SepiSelamanya, #StudySmart, #WhileI'mAllAlone Happiness.
Sunday, 17 February 2013 • 00:16 • 0 comments
Assalamualaikum.
Alhamdulillah I safely arrived home from Melaka. A very tiring journey but it's not me who drive. It's my dad. Pity him. We had a few stops for him to rest and have a drink maybe. I just sit at the back, rilexing and sleep. Very good. Haha.
![]()
Well peace yaw. I just don't know what to write. But I'll make it as fast as possible writing in English. I'm not that good in English y'know. In class, I think Emir and Hariz speaks the best. Not forgetting Daniel. They're the best. I like hearing to Arepuden's speaking. He's weird. But, it teaches me that I should be grateful I can speak. I'm in a progress of learning French. Woahh, French. It has been my hope too go there. PARIS. My dream land.
I can't decide where to go after school. Matriks maybe or straight to UPM. Ada apa dekat UPM sana kak? Manalah aku tahu. Aku nak jadi sejarawan ke, engineer ke, musician ke? Confuse dengan masa depan aku. Aku tak tahu weh. Hah, kalau stress tak boleh speaking. Penat otak nak karang ayat panjang-panjang buat essay. Masa exam English, senang je. Aman. No stress.
The title was supposed to be happiness. Therefore, I'm seeking for happiness here. I hope I can find it. Only when my parents will be proud of me one day. That's the meaning of happiness. Well, good luck Izzati. I'm looking forward to that.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #FunHoliday, #ILoveYou, #IMissYou, #SepiSelamanya, #WhileI'mAllAlone Ehem Ehem.
Friday, 15 February 2013 • 20:05 • 0 comments
Assalamualaikum.
This post. Aku tak tahu apa nak tulis. Tapi menggatal nak update blog jugak. Tengok tanah kubur. Seram doh. Buat aku teringat balik apa yang pernah aku buat. Erghhh. Na'uzubillah.
Cantik tak orang dekat bawah nih? Cantik kan? Haha. Dennaaaaaaaaaaa.
![]()
Lol. The happiest-go-lucky girl. Jyeaaaaah. Love her damn much.
Line slow. Mana taknya. Berapa banyak tab dah aku bukak. First tab, twitter. Second tab, facebook. Third tab, blogger. Fourth tab, ask.fm. Fifth tab, YouTube. Banyak kan? Haha. Memang slow lah line dekat rumah nih. Sedih sedih.
I am 99% sure that you don't love me, but it's that 1% that keeps me loving you.
https://twitter.com/ohteenquotes. Follow the best account on earth. Haha. Banyak kata-kata semangat aku dapat dari acc tuh. Tapi tak kisah lah. Apa kena-mengena kan? Haha.
I'm laughing and smiling thru and thru. Getting hurt is easy than forgetting. Macam lagu yang Jang Geun Suk. Waiting Time. Nak suruh Hani download kan tapi dia macam malas jer. Haishh. Sementara ada line nih, aku download dulu lah ek. Esh, tetibe line buat hal. Aduhh, acano nih? Sedih sedih sedih. Haha.
Aku rindu kau weh, kalau lah kau faham. Nanti ada masa, kita jumpa lagi. Walaupun masa tuh semuanya dah banyak berubah. Janji tau. Lepas SPM, kita masuk U. Cari pasangan and kahwin. Jangan lupa jemput aku. Jyeaaaah. Semoga bahagia.
Dengar lagu nih tau. Sedih sangat.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #DearFutureHusband, #DearParis, #DreamingBig, #HeartBroken, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #StudySmart, #WhileI'mAllAlone
|
Bonjour!
Izz ![]() Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it? Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials
Babble
Anything? ![]() URL blog not email Put ur link correctly No harsh words please?Moments Together
Credits.
Behind the Scene ![]() Template Basecode : Najmi Supian Header : AtiQah Linkies code : WANA Re-Edited : Izaty |