Amalan Rasulullah :)
Monday, 3 June 2013 • 23:21 • 0 comments
Assalamualaikum.
Nak share sikit amalan yang selalu diamalkan oleh Rasulullah.
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi (untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari (ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim... Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Slangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah.. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira.. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
That's all for today. Credit to mikhaeylrafaeyl for the info. Hehe. Thanks.
p/s: Diri ini alpa. Jadi, Ya Allah, berikanlah diriku petunjuk dan bawalah aku ke jalan kebenaran.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Hurt, #Knowledge List of PHOBIAS ;)
Sunday, 2 June 2013 • 21:58 • 0 comments
Assalamualaikum.
I just want to share something about jenis-jenis phobia. Mesti ramai yang ada something yang ditakuti. Macam takut gelap, takut tempat tinggi. That is what we call phobia. Banyak sangat yang saya takut dalam dunia nih. Baru-baru nih saya ada menonton Secret Garden, mungkin ya, saya agak ketinggalan zaman tetapi di dalam cerita ini watak keduanya mempunyai phobia terhadap ruang yang sempit iaitu Claustrophobia. Bagaimanakah itu? Di sini ada penjelasannya :)
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #Knowledge Muslimah Writer :)
Friday, 31 May 2013 • 22:06 • 0 comments
Assalamualaikum.
Hey, dah
lama rasanya aku tak update blog kan. Rindu pulak. Hehe. Aku tak pergi
mana-mana pun sepanjang cuti dah seminggu nih. Adik kena pergi sekolah, kelas
tambahan katanya. Heleh, nak UPSR memang macam tuh. Aku nak pergi tuition
memang susah lah. Aku pun tak tahu aku buat apa je dekat rumah nih. Tup tup dah
hari Jumaat. Hmm. Aku sebenarnya nak kongsi pasal a blog nih.
It’s
about a Muslim writer. Macam nama blog dia jugak. I got inspired by him. Aku
nak jugak blog aku nih jadi blog yang agak Muslimah. Tak nak dah ada cintan
cintun dah. Background aku dah jumpa dah. Comel je stripes dia macam
bergerak-gerak. Header aku boleh buat sendiri. Cerita and sumber inspirasi aku
boleh cari. Aku akan buat satu transformasi yang amat hebat pada blog aku nih.
Kalau line laju lah. Aku dah suruh Abah pasang Unifi dah dekat rumah nih. Memang
harapan takde line memanjang. Sedih aku. Nak update blog.
![]()
This is
about a girl yang sangat-sangat di pandang rendah. No one ever looked highly on
me. Or maybe aku yang bagi orang pandang rendah dekat aku. Okay, now aku nak
dalamkan ilmu agama aku. Aku tak perlukan orang-orang yang pandang rendah dekat
aku. And aku dah tak kisah. I’m being myself. Yes, I made a fool out of myself.
Aku terlalu hyper, terlalu bahagia setiap masa, terlalu cengeng, terlalu
sombong, terlalu over dalam segalanya. Sebab itu aku perlukan pendinding agama
yang sangat kuat untuk kuatkan diri aku. Aku akan telan semua yang orang kata,
segala fitnah, segala kata-kata nista. Cehh. Haha. Okay, done writing. Terlalu
pendek kan bagi aku. Tapi orang tak pernah nak try baca pun aku tulis. Penat je
aku. Aku kongsi sesuatu yang aku rasa aku nak kongsi. Tak nak baca takpe lah :)
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala, #ILoveYou Crush.
Saturday, 18 May 2013 • 09:55 • 0 comments Assalamualaikum
Hey I'm updating the blog. Long time no see yo homo sapiens. I know there are not that many followers tapi its been my hobby to write something kan. Imma tella stowy about crush. Sebenarnya, its gonna be a vewy long entry. @haziquesalam ada menulis di blog beliau. Dan ada nama aku. Its kinda an appreciation I'm writing here. Hehe.
This is the guy. Hmm. Dia semestinya BUKAN crush aku. Aku kawan je dengan dia nih. Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa kesian sangat dengan this guy. He didnt have the guts to express his feelings to the girl he likes and now that girl belongs to others. Hmm. Kesian weh. Dia sangat-sangat mengharap. Aku tahu dia jatuh cinta kali nih betul-betul. Tak tipu lah.
Dia pernah cakap: Lelaki tak berani nak confess tuh adalah lelaki yang pengecut.
Lebih kurang macam tuh lah. Aku bukan faham sangat apa dia kata. Tapi masa malam tuh tekaan dia betul about her crush tuh dah ada boyfriend, aku nampak dia macam frust gila. Then the next day, nampak dia macam terlalu gembira. Maybe he act like that just to ease his heart. Tapi I knew his heart. Susah sangat nak suka seseorang tapi bila kita dah suka tuh, we cant seem to let them go.
![]()
This Belieber guy sangat-sangat sayang sesuatu yang tak mungkin akan jadi milik dia. Macam aku juga. Tapi aku rasa kan macam aku dah move on. Macam je lah. Aku rasa macam its not worth it nak sayang dia. Mungkin takde siapa nak faham aku kot.
@haziquesalam aku harap sangat satu hari nanti dia akan faham perasaan kau. Aku harap sangat kau dapat capai bahagia kau dengan dia. Aku harap sangat kau dapat masuk U dengan dorongan perempuan yang kau cinta. Aku nak sangat tengok kau berjaya dengan adanya dia di sisi kau. Aku harap sangat. Sorry aku tak dapat tolong kau sangat dalam everything. Aku tahu aku banyak menyusahkan. Tapi aku nak sangat tengok dia terima cinta kau nanti.
Aku suruh Haziq dengar lagu-lagu Lawson yang sedih-sedih. Sekarang nih aku minat gila dekat Lawson weh. Lagu Die For You. Aku nak sangat ada lelaki macam tuh untuk aku. Someday maybe :)
Assalamualaikum.
Labels: #Changing, #Hurt, #ILoveYou, #Memories, #SepiSelamanya, #WhileI'mAllAlone Krypton's Candle Night Dinner.
Friday, 3 May 2013 • 15:21 • 0 comments
Assalamualaikum.
Dengan ini nak cakap, saya Nur Izzati Abdul Rahim merindui awak. Hoho. Gedik gila.
Saya nampak kebahagiaan di muka awak. Saya tahu awak bahagia. So, saya doakan awak bahagia selamanya.
Little cute me and dearest Zaid, I called him Burbur. Comel kan. Hehe. Aku tahu aku selebet. Hmm :')
Haziq Salam, sangat-sangat annoying. Suka bajet handsome. Dayus, suka pukul aku. Tapi aku sayang dia. Semalam duduk sebelah dia, cerita pasal everything. Dia demam. Kesian. Gedik. Suka junior. Hoho.
Little Fararara. Hoho. Comel je tetot aku nih.
Hajar and Burbur ;)
Ada orang tuh nangis just sebab Hajar take a picture with this handsome Genji. Hmm. Nuisance.
No need to talk much. Hani kata aku cengeng. Biarlah dia je yang tahu kenapa dengan aku. Aku seriously memang sangat cengeng. Hmm. Sedihsedih. I owe you an apology. I'm sorry for falling in love.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #BestFriends, #Changing, #HeartBroken, #Hurt, #ILoveYou, #IMissYou, #Memories, #SadAlways, #SepiSelamanya, #WhileI'mAllAlone Hey you.
Tuesday, 30 April 2013 • 17:43 • 0 comments
Assalamualaikum.
![]()
Hmm. This guy. maybe ramai yang dah tahu. Hmm. The Triple A. The April 8th. Tak perlu ditanya siapa dia. Siapa yang kenal sudahlah. Aku tak nak bahas panjang-panjang. Just nak cakap, tersuka dekat schoolmate sendiri memang akan ada di zaman persekolahan nih. So, aku boleh tersuka pada dia. Tapi aku taknak curang. So, apa boleh buat? Aku sayang Izz aku. Sangat-sangat. Hmm. Tapi aku rasa macam dia tak sayang aku je. Maybe perasaan aku je kot. This is the guy told you about. The Triple A. The April 8th.
![]()
The left one.
Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #Changing, #DreamingBig, #Hurt, #ILoveYou, #Memories Cry.
Saturday, 20 April 2013 • 13:56 • 0 comments
Assalamualaikum.
Post nih pendek je. Hanya sekadar meminjam laptop Sabrina dan battery hampir habis. Hmm. Ceritanya begini. Saya ponteng makan tengahari hari ini. Sebab saya inginkan kesenangan selepas hati saya rasa gundah gulana. Mungkin ada yang pelik kenapa saya begitu baku pada hari ini. Saja. Ingin tukar mood.
HAK. Hari Anugerah Kecemerlangan. Saya hampir menangis. Pertama kerana, lagu choir tingkatan dua sangat sedih. Bertemakan persahabatan. Lagu Mandarin yang sangat menggoda. Saya sendiri tak tahu kenapa saya rasa nak menangis walaupun saya tidak berapa memahami bait-bait seni kata lagu itu.
Sebab kedua, di dalam DIK itu sangat panas. Kipas yang ada tidak dapat berfungsi dengan berapa elok. Sangat-sangat menyedihkan. Saya bertugas beberapa shif dengan kawan-kawan saya iaitu Hajar Fariesa, Syafiqah Nazni dan Farahana Md Din. Mereka sangat comel. Dan saya mengiringi pengetua dan VVIP memberi hadiah. Saya rasa saya cukup comel di atas situ tadi. Hehe. Tangan saya lenguh tapi saya gagahkan juga. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Ketiga, sebab caklempong. Beat lari, tempo lari, not synchronize. Saya kecewa, saya nak main sangat-sangat. Dalam hati saya berkata, mereka tidak boleh lawan kumpulan Caklempongers 2012. Terhebat wok. Saya menangis kerana benda yang saya banggakan kini dah jatuh ke tangan orang lain dan menjadi semakin teruk. Hmm. Cikgu hanya kata, kurang latihan. Saya orang seni, saya tahu apa yang salah. Jadi jangan salahkan saya jika saya rasa caklempong akan hilang satu hari nanti.
Dia naik pentas. Tahniah. Saya berbangga dengan anda :D
![]()
Sekian, Assalamualaikum.
Labels: #2013, #AAA, #Changing, #Hungry, #Hurt, #IMissYou, #Memories, #WhileI'mAllAlone Sunshine.
Sunday, 14 April 2013 • 12:12 • 0 comments
Assalamualaikum.
Sangat panjang post harini sebab dah nak balik asrama. Aku terdetik nak cerita pasal someone yang mungkin special pernah muncul dalam hidup aku. Dia yang namanya aku rahsiakan. Lagipun nih cerita lama. Masa aku form 2 lagi. Woah, ingat lagi ke? Not every detail tapi adalah sikit-sikit.
Dia. Aku kawan dengan dia. Takdelah rapat mana. Tiba-tiba muncul surat layang mencaci, menghina aku. Cakap aku rampas dia daripada seseorang. Ada perkataan bitch, sundal, and segala macam kata-kata nista. Woohoo. Apa nih? Where have I done wrong? Kawan pun salah. The next day tuh aku demam. Tak sanggup menerima kejutan kot. Haha. Lemah. Dia tak defend aku sikit pun. Aku terkilan.
![]()
Lepas beberapa minggu entah, tiba-tiba dia minta aku jadi scandal dia. Bapak ah. Fikir aku nih siapa? Senang gila nak dimainkan. Dah lah buat masalah dengan aku hari tuh. Tapi takpe, aku layan jugak sebab kau kawan aku kan. Kau cakap kau dengan perempuan tuh dah takde pape. Heleh~ Aku dapat tahu kau suka dekat kawan baik aku, aku tak kisah langsung pun. Sebab aku tak suka kau. Haha. Aku suruh lah kau minta couple dengan dia. Kau cakap kau dah minta tapi dia tak nak. Ek. Gila. Lepas tak dapat dia, kau minta aku pula. Esh, perempuan nak digame.
Dah tuh, aku malas lah nak layan. Lama-lama tuh, kau say kau sayang aku. Lol. Sayang eh? Hoho. Nak aku percaya? Okay, aku bongok pergi percaya. Dia ajak couple and aku terima. Aku tak tahu kenapa tapi aku terima. Haha. Maybe sebab kitorang pernah jadi kawan. Aku pun start lah sayang dia. Aku tak kisah apa pun apa nak jadi.
Couple. Lohh, dia still sayang dekat kawan aku rupanya. Apa punya bengongnya aku percaya cakap dia yang dia sayang aku. Dia minta couple pula dekat kawan aku tuh. Sokay. Aku back off lah. Aku macam tak mampu nak layan kawan aku tuh lagi. Takpe. Aku cakap, weh, jaga dia elok-elok. Tuh jer aku mampu cakap. Holoh. Dorang pun couple lah. Hmm. Tak sampai 3 bulan kot, break. Tiba-tiba dia text aku cakap nak get back balik, hoho, senangnya. Aku cakaplah aku tak nak. Hmm. Aku memang sayang dia kot. Tetiba dia nak marah. 'Kawan awak dah bagi saya dekat awak, awak nak bagi saya balik dekat dia?' Ek. Lebih kurang macam tuh lah. Okay okay. Dia marah. So, aku terima dia balik.
Complicated kan? I'll leave some unimportant details.
Then, bla bla blaaa. Aku break jugak dengan dia. Dia couple dengan jiran sebelah rumah aku nih. Aku dengan orang lain. Aca aca bahagia gitu. Okay well, aku adalah cakap aku still rindu dia dekat member aku yang lain. And nak tahu? 1.1.2012 kot, dia call aku. Aku tak kenal suara dia. Aku tanyalah siapa dia. Hah kau, dia sebut nama dia. Aku menjerit kuat gila. Hoho. Aku menjerit weh. Aku tanya dia, betul ke tuh dia? Lama kot tak contact dia. Serious, aku tak percaya tuh dia. Then, kitorang start kawan balik. Text. Dia tanya aku single kah? Nak jawab apa? Aku memang ada bf time tuh.
Okay, dia explain everything. Dia pernah cakap, aku sanggup break dengan gf aku yang lain sebab kau. Hoho. Besar itu statement. Lalala~ Aku tak nak kau terus mendesak aku. So, aku terima kau. Aku pura-pura macam tak sayang kau. Aku text dengan kau still kasar macam time kita kawan. Kau suruh aku panggil kau bie, aku tak nak. Aku tak nak terlalu mengharap. Lol. Ayat, tak boleh blah langsung.
Malas dah nak cerita endingnya. Memang tak kekal pun kan. Sekarang memang terus lost contact. Bahagia. Yeaaaaaaaay. Aku nak belajar dulu. Byebye.
![]()
Assalamualaikum.
Labels: #Changing, #DearParis, #FunHoliday, #HeartBroken, #Memories, #SepiSelamanya Muslimah.
Thursday, 28 March 2013 • 14:42 • 0 comments
Assalamualaikum.
Nih Izzati the good version dah hapuskan the bad version. Sekadar memperingatkan diri. I love myself. Muslimah itu lembut hatinya, rapuh jiwanya. Andainya mereka tersilap langkah, mohon bimbingan, bukan celaan. :') Muslimah itu, Terkadang gelak kuat tak henti-henti, Terkadang juga minum berdiri, Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi, Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri, Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari. Muslimah itu, Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi, Terkadang air matanya menitis laju tak terperi, Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi, Terkadang rasa marah menguasai diri, Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy. Muslimah itu, Adalah manusia biasa, Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia, Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba, Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya, Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa Kerana apa? Kerana dia juga manusia biasa. Apa-apa pun, Yang pastinya, Muslimah itu, Sentiasa bangkit bila terjatuh, Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk, Sentiasa cuba untuk improve diri, Dari semasa ke semasa tanpa henti, Walau terkadang dia tersungkur, Itu bukan kerana dia lemah, Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula, Jadi kuat dari sebelumnya, Kerana dia berusaha, Untuk menjadi bidadari dunia, Dan juga di akhirat sana.
Assalamualaikum.
Labels: #Changing, #HeartAndSoul #LillahiTa'ala
|
Bonjour!
Izz ![]() Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it? Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials ![]() ![]() ![]() ![]() Babble
Anything? ![]() ![]() ![]() ![]() Moments Together
Credits.
Behind the Scene ![]() Template Basecode : Najmi Supian Header : AtiQah Linkies code : WANA Re-Edited : Izaty |