Muslimah Writer :)
:)

A secret message for you. I LOVE YOU. Nanti kalau aku dah takde, datang rumah aku, ada kotak dalam almari. Semua tuh love letters yang tak pernah kesampaian untuk kau. Read and Weep :)

Krypton's Candle Night Dinner.
Friday, 3 May 2013 • 15:21 • 0 comments


Assalamualaikum.


Dengan ini nak cakap, saya Nur Izzati Abdul Rahim merindui awak. Hoho. Gedik gila. 


Saya nampak kebahagiaan di muka awak. Saya tahu awak bahagia. So, saya doakan awak bahagia selamanya. 


Little cute me and dearest Zaid, I called him Burbur. Comel kan. Hehe. Aku tahu aku selebet. Hmm :')


Haziq Salam, sangat-sangat annoying. Suka bajet handsome. Dayus, suka pukul aku. Tapi aku sayang dia. Semalam duduk sebelah dia, cerita pasal everything. Dia demam. Kesian. Gedik. Suka junior. Hoho.


Little Fararara. Hoho. Comel je tetot aku nih. 


Hajar and Burbur ;)


Ada orang tuh nangis just sebab Hajar take a picture with this handsome Genji. Hmm. Nuisance. 

No need to talk much. Hani kata aku cengeng. Biarlah dia je yang tahu kenapa dengan aku. Aku seriously memang sangat cengeng. Hmm. Sedihsedih. I owe you an apology. I'm sorry for falling in love.

Assalamualaikum. 

Labels: , , , , , , , , , , ,


Hari Remaja Jepun.
Saturday, 27 April 2013 • 14:05 • 0 comments


Assalamualaikum. 

Terkadang kita lupa apa itu erti kesedihan apabila terlalu banyak kegembiraan muncu dalam hidup. Kadang-kadang kita lupa pada payungan Allah apabila kita terlalu berfoya-foya dengan rasukan syaitan. O Allah, I'm sorry. Rasa macam nak nangis. Tapi aku tahan. Sometimes, I do cry for no reason. Aku rasa macam hati aku sakit sangat. Then, ditahan-tahan lagi. You, I look at you. You ignore me. Itsokay. Aku tahan lagi. Orang cemuh aku. Aku tahan jugak. Sampai bila-bila aku akan tetap tahan. Yupp, aku kuat. Berlagak kuat. Berlagak cool. Berlagak macam there's nothing going on. O Allah, kesabaran aku ada batas. InsyaAllah, aku akan tahan. Hmm. Aku sedih. Tuh jer nak cakap. Mukadimah je yang panjang-panjang tuh. Saje. Bosan :)

Hari Remaja Jepun. Hambar. Bosan juge. Heleh ~

Pictures. 













Bahagia itu susah nak datang. Appreciate lah weh. Aku sayang diri aku sendiri. Hehe. And sayang korang juge. Denaaaaaaaaaa, I miss you. Kau comel dalam wallet Danny. 

Assalamualaikum. 

Labels: , , , , , , , , ,


Troubles.
Saturday, 13 April 2013 • 23:00 • 0 comments


Assalamualaikum.

Sekolah dua minggu. A lot of troubles. Sangat macam-macam. Keceriaan dorm lah, MTQ nak datang lah. Eh, stop menyusahkan hidup orang boleh tak. Masing-masing lack of sleep. Penat. Bulan April nih terlalu banyak perkara menyusahkan. Hmm. Kecuali that one day, April 8th. Aku tak bagi hadiah. Langsung tak bagi hadiah. Tahu kenapa? Sebab tak sempat nak beli. Aku just bagi sticky note tulis Happy April 8th. Hohoho. Sekarang kan, aku suka gelak macam nih hah. HOHOHO. Macam Santa. 

Semalam stay up sampai pukul 2:30 pagi tengok Rise of The Guardians dengan Meet the Robinsons. Haha. Sanggup. Dekat sekolah tak boleh tengok. Sebab dekat sekolah semua orang study. So, aku pun kenalah study jugak. Nak pandai jugak weh. Ada class tuisyen lagi, nanti dia nak expand study time kitorang sampai pukul 4 setiap isnin dan selasa. Rabu dan khamis ada aktiviti koko. Eshh, nasib baik jumaat, sabtu, ahad. Sekarang nih tengah tengok Bloody Monday. Hoho. Cerita pasal virus hape entah. Tapi best lah jugak. Tak pernah-pernah aku layan cerita Jepun. Yosha. Kalau nak tengok, minta aku. Nanti aku bagi. Heleh. Macam boleh bagi je. Sekarang movie dah banyak. Ehh, jealous dengan Suraya. Dia dah tengok Olympus has Fallen. Nak tengok jugak weh. Ira pulak dah tengok The Croodes. Awhh, sangat jealous. Aku nak keluar tengok wayang pun Susah. Ish. Takpe. Nanti ada orang downloadkan. Hehe.

Sebenarnya, sekarang nih aku tengah obsessed dengan seorang lelaki handsome nih. Yang pastinya, bukan lelaki melayu lah. Aku suka tengok dia nyanyi. Dia banyak cover lagu. Tak kisah lah korang kata dia tak handsome ke. Dah aku suka nak buat macam mana. Hesh, aku type nih dah laju macam hacker tuh jer. Hehe. Tak sangke aku nih pantas. Hoho. Perasan gila kau nih. Eh eh, nama lelaki tuh Max Schneider. Hehe. Handsome sangat-sangat. Dia tuh dah lah handsome, pandai nyanyi. Tapi satu je. Aku sayang Cody Simpson aku and aku nak kahwin dengan Bruno Mars. Heleh. Comel kan aku. Lol.
Nih boyfriend aku. The next tuh, scandal aku. The last one, my future husband. Oh yeay yeaah. Haha.




Keluar beli barang asrama. Banyak gila aku borong. Seluar beli sampai 5 pasang. Ek. Pasang ke? Hoho. Makanan beli macam lah dalam locker tuh takde makanan lagi. Siap beli storage box lagi. Satu untuk makanan. Satu lagi untuk baju. Macam nak pindah terus pun ada. Sekarang kena lipat baju, kena gosok baju. Kebanyakannya mak lah buat. Aku duduk tengok. Tolong sikit-sikit tuh ada lah. Mak, kalau boleh akak tak nak balik asrama dah. Masuk form5 nih aku selalu rindu mak. Homesick je lebih. Nak balik je memanjang. Kadang-kadang menangis lah jugak. Hmm. Kalau akak tak balik asrama boleh tak mak?  

Esok dah balik asrama. Rasa macam kejap sangat duduk rumah nih. Ommo. Nak nangis je. Hari tuh, Nasran ada tanya kenapa aku tak update blog. Nak update lah nih. Aku tanya lah, kau baca ke blog aku? Eh, of course lah. Hehe. Bangga seketika. So, sekarang nih aku nak kena rajinkan diri mengupdate blog aku yang tak berapa menarik nih. Lalala ~ Tadi beli buku past year papers. Semua subject except for Sejarah. Tak jumpa buku tuh. And aku dah beli hadiah dah untuk mamat April 8th tuh. Hehe. Bahagia sekejap. Esok nak kena beli headphone pulak. Wajib tuh, kalau tak nanti ada orang mengamuk. Hohoh, takut gila. Ingat Izzati. Wajib beli. Tak kira lah. Duit aku dah habis. Tadi beli novel apa entah. Tajuk dia Sisa Cinta Kita kot. Not that sure. Whatever.


This is the stupid me. And I love myself. Exam hari tuh English aku 84% The highest in my class. Bangga juga selama seminit. Hoho. Jangan poyo sangat lah. Tak ke mana pun kan. Heleh. #nw Bloody Monday. Tak habis-habis lagi dari semalam. Hishh. Sampai mengantuk aku dibuatnya. Baju tak habis lipat lagi. Esok pagi kena keluar jumpa doctor, laaaaa. Kejap siapkan semua benda malam nih. Mak bagi aku beg baru. Reebok. Warna orange. Ish, tak berapa suka warna tuh, tapi beg tuh macam lawa je. Hitam je sebenarnya. Simple but nice. Takpe, pakai je. Dah mak bagi tuh bersyukur lah. Hmm. 

Assalamualaikum. 

Labels: , , , ,


Babble.
Monday, 25 March 2013 • 21:41 • 0 comments


Assalamualaikum.


The crush. Tak nak cerita pape pasal dia. Malas. Nak tukar bio twitter, nak tukar nama, nak tukar background. Semua tuh sudah. Lepas nih nak kena buka adik punya ‘katak’ pulak. Esok nak pergi shopping. Lalala. Bukan shopping lah. Agak macam beli barang asrama. Nak kena note book Paris, stabilo pens, and kertas apa entah. Then nak kena print nama aku banyak-banyak. Nak kena beli sticky note untuk Quran aku. Macam-macam weh nak beli walaupun benda tuh macam tak penting. Penting bagi aku.  Aku dah siapkan list apa nak beli dah kat atas meja aku. Tengah cari nih. Where the hell did I put that list? Haha. And on number two on my list tertulis varsity. And aku rasa aku tak nak beli lah. Lebih baik kalau tak payah beli pape untuk dia. Takde lah aku terus mengharap dekat dia lagi. Dia takkan hargai aku pun. Dia suka kawan aku.

And atas dasar friendship, aku tak kisah pun pasal tuh. Aku tak amek peduli pasal tuh langsung. Aku teruskan persahabatan ini. Aku sayang kawan-kawan aku. Tak kisah hilang crush asalkan tak hilang kawan. Nazihani Nazir, kau still hutang aku satu cerita walaupun kau tak tahu cerita apa kau patut bagitahu aku. Takpe, asalkan kau cerita sebelum terlambat. Aku tak kisah pun. Entah-entah sampai kita keluar sekolah pun kau tak cerita. Aku akan sentiasa ingat benda tuh weh. Haha. Mangkuk ayun. Nanti nak BBM dengan HajarFariesa. Tapi malas lah pulak nak pegang phone. Hajar, nanti aku bagi list lagu. Kau download je tau. Kalau tak muat, delete je lagu-lagu tak best tuh. Lagu apa yang aku dah ada dekat MP3 aku yang ada dekat aku nih. Hajar, aku nak cakap nih. Weh, Andrew Garfield handsome giler oh. Nampak macam Zayn Malik tapi comel lagi. Awhh, melting. Hani, aku tengah tengok Heartstring nih. Takkan skip lagi. Tak janji tau. Sebab aku busy keluar jalan-jalan. Haha. Pergi rumah nenek sedara aku dekat Jalan Conlay sana.


 Suara Yong Hwa sedap weh. SEDAP gila. Awhh, melting melting ~ Cair aku. And ada sedara Abah datang rumah. Ek, ada budak kecil dalam umur 5 tahun. Mula-mula, Syerah yang layan. Dah tuh, Syerah ada kelas tambahkan pulak. Terpaksa aku jaga budak tuh. Aku bosan doh. Mengantuk layan dia. Nampak sangat aku tak boleh jadi guru tadika. Ek. Ada cita-cita ke Izzati? Tak nak aku. Lebih baik aku buka nursery. Aku suka baby je. Tapi tak reti jaga baby. Hehe. Macam mana ini? Sikit-sikit dia panggil aku. Argh, aku dah suruh dia melukis dah. Tak payah lah panggil aku. Erghhh. Haha. Takpe, sabar Izzati. Aku suka budak-budak. Aku tak kisah kalau nak suruh aku babysit pun. Asalkan tak menyusahkan hidup aku.

Tengok Hari Jubah Mat Luthfi rasa macam nak jugak berjaya macam dia. Awhh, jealous. Nak jadi macam dia. InsyaAllah satu hari nanti. Nur Izzati Abdul Rahim :)


Assalamualaikum. 


Labels: , , , , , , ,


My Future :)
Saturday, 23 March 2013 • 22:17 • 1 comments


Assalamualaikum.

Listening to Judika’s Setengah Hati Merindu. Aku tahu takde siapa yang baca blog aku nih. So, nih cerita aku. Bukan untuk tontonan umum. Hanya untuk aku meluahkan perasaan aku. Lagu slow macam nih affect hati aku sangat-sangat. Dan aku tak nak. Aku tak nak terbuai. I AM not okay with all this. Aku tak berapa bagus. I think that I don’t deserve to have all this. Tapi syukur Alhamdulillah, I really have to live to go through with all this.

Result SPM 2012. The moment I went there. Sedih weh. No straight A+. Hanya 20 straight A. Ramai yang aku expect to go up there tak naik. Siapa yang kau harap Izzati weh? Aku harap sangat orang-orang yang aku sayang naik atas tuh. Macam Kak Umi, Kak Yaya, Kak Qiba, and akak-akak yang made my 2012. Serious, ini bukan bodekan. Aku memang sayang dorang. Haha. And Kak Ira, mana kau doh? Aku call kau. Kau cakap otw. Menyirap kot. Tak sampai-sampai ke sudah. Well, next year aku akan naik atas tuh. I cried on that very day. Result SPM 2013 akan ada nama aku sebagai salah satu calon straight A. Aku akan naik pentas tuh and kalahkan Syasya Alina, Shifaa’ Salleh, Suraya Ashikin, Daniel Helmee, Aizuddin Hambali, ‘Izzat Nafis Fawwaz, Muadz Zaki and dia. Aku menangis hari tuh sebab aku takut. Aku takut aku tak dapat kalahkan dia. Risau sangat. Aku nak naik sangat weh. Aku nak tunjuk dekat Aiman Hisyam aku pun boleh berjaya. Weh, thanks for looking down on me. Memang aku main-main. Memang aku tak sesopan Shifaa’ Salleh. Maybe I’m not the best. Persepsi orang dah tak boleh diubah kalau sekali dipandang serong. Tapi just wait. Aku tak membantah kalau korang cakap. Aku tahu aku ada strength untuk jadikan hati aku nih macam batu. Aku akan terus bagi fake smile aku. Aku akan terus berpura-pura aku bahagia. Aku tahan air mata aku dah 5 minggu. Aku tak tunjuk. One day, InsyaAllah.

I’m too childish to look in front for my future. Tapi sedarlah Nur Izzati, kau tuh dah 17 tahun. Tahun nih SPM. Tahun depan PLKN. Tahun depannya lagi dah masuk U. Kau kena betul-betul fikir masa depan. Semalam Abah dah tanya, kau nak masuk U mana. Bengong gila kau cakap kau tak tahu. Kalau boleh aku nak pergi Australia. Macam Iman and Huda. Tapi course apa weh. I’m really interested in being an engineer. Tapi Abah macam nak aku jadi doctor. So, I’m confused right now. Kalau dekat Malaysia, aku boleh je masuk UPM or UITM. Amik Diploma In Music. Then, boleh ajar kanak-kanak main piano. Erm, I just want people to start sedar music itu indah. Indah sangat weh. I feel tenang kalau dengar lagu-lagu nih. Eventhough dalam piano, we always play the classical songs tapi boleh je kita cipta lagu sendiri. Macam aku nih, tak layak lagi nak cipta lagu. Grade 6 tak memadai. Lagi 2 grade je weh. Tapi terpaksa stop sebab aku masuk asrama. I’m not blaming the asrama thingie. Tapi kalau lah, kalau aku tak masuk asrama, tahun nih dah habis dah. Then sambil tunggu result tahun depan boleh je ajar those little kids. Aku dah nak habis dah. Aku tak tahu kenapa tapi tahun nih aku kemaruk nak naik pentas. Kalau boleh everything yang aku lalui, aku nak naik pentas. Untuk NILAM, untuk SPM, untuk CONCERT. Untuk segalanya. And I can commercialise the caklempong. Traditional music can go far. Impian aku.

My future. I’m afraid to think about it. Tapi aku tak boleh nak sempitkan laluan aku nih. Jalan aku jauh lagi. Selama Allah izinkan aku hidup di atas muka bumi ini. Aku tak patut putus asa. Allah ada. Apa yang Allah bagi, mungkin itu yang terbaik untuk aku. Dia nak aku berusaha. Masa Inspirasi Diri harituh, aku percaya akan kemampuan diri aku sendiri. Yes, I can do it. Allah dah pilih jalan untuk aku. Yang terbaik pastinya. InsyaAllah.

  • Aku memang boleh dapat straight A+ SPM 2013.
  • Aku memang boleh buat parents aku bangga dengan aku.
  • Aku memang boleh naik pentas tahun depan.
  • Aku memang boleh berjaya dunia akhirat.
  • Aku memang boleh jadi engineer.
  • Aku memang boleh tutup aurat dengan sempurna.
  • Aku memang boleh dapat gaji besar.
  • Aku memang anak solehah.
  • Aku memang boleh kurus.
  • Aku memang boleh bahagia.
  • Aku memang boleh kalahkan Triple A.
  • Aku memang mampu buat semua nih.


I’m gonna make a difference. Just believe in me. Pinky promise. And let me show you that I AM THE BEST!

Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , , , , , ,


Si Pendek.
Saturday, 2 March 2013 • 22:05 • 0 comments


Assalamualaikum.


Harituh aku jatuh basikal. Saje je nak cerita. Aku yang form 5 nih jatuh basikal. Dekat depan DIK. Malu kot. Naik basikal dengan Hajar Fariesa for two days me'ronggeng'. Memang best. Dia berat, aku bawak senget-senget. Masa aku bawak Hani, aku langgar tiang dua kali. Bawak Hajar sampai langgar bushes sebesar alam dekat depan kelas 5H. Aku jatuh basikal sebab aku pendek. Haha. Aku pendek weh. Malunya. 


Si pendek nih ada konflik sekarang. Ada seorang nih, no mentioning her name. Aku tanu dia takkan buka blog aku pun tapi apa aku kisah kan. Aku tahu tak baik mengata tapi nih apa yang aku rasa. Dia mengadu dekat kawan aku. Sikit-sikit Dottie. Nak makan panggil Dottie, nak pergi surau panggil Dottie. Semuanya Dottie. Haha. Awak jealous kah? Itu bukan satu masalah. Itu hak mereka yang inginkan saya. Masa saya mencari kawan. Duhh -,- saya tak kisah pun. Saya ada satu masalah dengan dia nih. Adik angkat semua orang dia nak ambil. Adik aku Aiman tuh pun dia nak ambil. Amek lah amek. Aku halalkan. Godai dengan itu panggilan akak adik. Haha. Aku tak kisah dah. Fokus Izzati. 


Sekarang nih tengah cari doodle comel untuk buat header sendiri. Aku cari doodle couple sebenarnya. Tapi tak banyak pilihan. Nanti lah aku cari lagi. Sebab masa tak banyak. Kena study Biology lagi. Erghh. Si pendek nih kan, suka perkataan baru nih. Hakuna Matata. It means: no worries. 

That's all for tonight. Assalamualaikum. 


I'll be waiting for that someone special :)

Labels: , , , , , , , , , , , , , , ,


Happiness.
Sunday, 17 February 2013 • 00:16 • 0 comments


Assalamualaikum.

Alhamdulillah I safely arrived home from Melaka. A very tiring journey but it's not me who drive. It's my dad. Pity him. We had a few stops for him to rest and have a drink maybe. I just sit at the back, rilexing and sleep. Very good. Haha. 


Well peace yaw. I just don't know what to write. But I'll make it as fast as possible writing in English. I'm not that good in English y'know. In class, I think Emir and Hariz speaks the best. Not forgetting Daniel. They're the best. I like hearing to Arepuden's speaking. He's weird. But, it teaches me that I should be grateful I can speak. I'm in a progress of learning French. Woahh, French. It has been my hope too go there. PARIS. My dream land. 

I can't decide where to go after school. Matriks maybe or straight to UPM. Ada apa dekat UPM sana kak? Manalah aku tahu. Aku nak jadi sejarawan ke, engineer ke, musician ke? Confuse dengan masa depan aku. Aku tak tahu weh. Hah, kalau stress tak boleh speaking. Penat otak nak karang ayat panjang-panjang buat essay. Masa exam English, senang je. Aman. No stress.

The title was supposed to be happiness. Therefore, I'm seeking for happiness here. I hope I can find it. Only when my parents will be proud of me one day. That's the meaning of happiness. Well, good luck Izzati. I'm looking forward to that. 


Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , , , , ,


Ehem Ehem.
Friday, 15 February 2013 • 20:05 • 0 comments


Assalamualaikum.

This post. Aku tak tahu apa nak tulis. Tapi menggatal nak update blog jugak. Tengok tanah kubur. Seram doh. Buat aku teringat balik apa yang pernah aku buat. Erghhh. Na'uzubillah. 

Cantik tak orang dekat bawah nih? Cantik kan? Haha. Dennaaaaaaaaaaa.


Lol. The happiest-go-lucky girl. Jyeaaaaah. Love her damn much. 

Line slow. Mana taknya. Berapa banyak tab dah aku bukak. First tab, twitter. Second tab, facebook. Third tab, blogger. Fourth tab, ask.fm. Fifth tab, YouTube. Banyak kan? Haha. Memang slow lah line dekat rumah nih. Sedih sedih. 
I am 99% sure that you don't love me, but it's that 1% that keeps me loving you.
https://twitter.com/ohteenquotes. Follow the best account on earth. Haha. Banyak kata-kata semangat aku dapat dari acc tuh. Tapi tak kisah lah. Apa kena-mengena kan? Haha. 

I'm laughing and smiling thru and thru. Getting hurt is easy than forgetting. Macam lagu yang Jang Geun Suk. Waiting Time. Nak suruh Hani download kan tapi dia macam malas jer. Haishh. Sementara ada line nih, aku download dulu lah ek. Esh, tetibe line buat hal. Aduhh, acano nih? Sedih sedih sedih. Haha.

Aku rindu kau weh, kalau lah kau faham. Nanti ada masa, kita jumpa lagi. Walaupun masa tuh semuanya dah banyak berubah. Janji tau. Lepas SPM, kita masuk U. Cari pasangan and kahwin. Jangan lupa jemput aku. Jyeaaaah. Semoga bahagia. 

Dengar lagu nih tau. Sedih sangat. 



Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , , , , , ,


Ekk.
• 01:31 • 1 comments


Assalamualaikum.

Dear blogger, today Imma just gonna write a short story. A very short story. Please don't be annoyed. Be prepared. 

This is me dekat Melaka. Cantik kan cantik kan? HAHA. Perasan gila aku nih. Yekk :p


It's really not edited. 

Well, tadi dia tegur aku. Cerita pasal dia nih, susah sikit nak cakap in English. Terus tukar bahasa Melayu. Tuh lah aku cakap bila dia bosan jer, baru cari aku. Susah susah. Tapi takpelah. At least dia cari aku. Haha. Sebab aku tweet harituh lah Izzue salah faham. 'Bila bosan, baru cari aku' Salah faham and terus gaduh. Tapi lantak Izzue lah kan. Aku cerita pasal Triple A nih. Dia tegur weh. Aku macam erghhhhh, kenapa dia nih? Whatever ~

Nur Izzati Abdul Rahim nama diberi, aku rasa aku comel sekali. 

Pantun dua kerat aku. Hehe. Well, aku suka kawan dengan dia. @woot_woott. Minah nih comel gila kot. Kalau dia tak menyibuk tak sah. Haha. Jkjk. I really wanted to see dia nih jadi pokok. Mesti comel kan. I wish I can see her in person. Nak tengok jugak perangai dia yang gila-gila nih. Macam mana lah dia nih kan? Cuba kau describe sikit diri kau tuh. 

Dia IM aku lagi. Well, aku tak tahu lah aku patut happy atau sedih. Suggestions? Dia tak boleh tidur. So, aku nak pergi sambung IM dengan dia nih. Tapi mesti lah dia text gf dia kan. Sebab awek dia tidur baru cari aku. Hailaaa, apalah nasib kau nih Izaty. Sedih sedih. Jangan sedih. Bersyukur lah dia cari kau. Alhamdulillah. Yeayyyy. Nak tidur lena malam nih. Wish me luck :)

Wassalam.

Labels: , , , , , , ,


Em.
Wednesday, 13 February 2013 • 21:22 • 1 comments


Assalamualaikum. 

Heyyo peeps. Aku dah lama tak bagi greetings semesra tuh kan. Rasanya macam tak pernah je. Lolz. Nampak post title tuh? Em. Kenapa em? Erghh. Tak tahu nak bagi tajuk apa pun. Today, done with my token of love from T. Huda. Biology in progress. Ada yang tak dapat jawapan jer. Susah rupanya biology nih. Haha. Tak belajar memang tak pandai lah kan. Then, bila nak pinjam jawapan Napishh, mesti dia cakap, 'Kalau tiru je, bila nak pandai?' Aku tak mampu nak cakap apa dah. 

Well, smiling is not that hard. Aku boleh jer senyum kalau kau nak aku senyum. Aku boleh jer senyum masa nak tangkap gambar passport. Aku boleh jer senyum kalau korang kutuk aku. Aku still akan tersenyum walaupun orang yang aku sayang tinggalkan aku. Well, smiling is damn easy. Tapi kita tak tahu maksud tersiratnya di dalam setiap senyuman tuh. Okay, whatever. Izaty will always keep smiling though people hurt her. Jyeaaaaaaaaaah !

Best dapat kenal kawan baru. Thanks to Danny. Childish sangat membuat hari aku ceria. Dia macam caring giler dengan aku. Well, best gila kawan dengan dia :) Thanks weh kawan dengan aku. I'll miss you. Dan satu keindahan bila dia panggil aku Izzati. Nama penuh aku tuh weh. I've always wanted someone to call me Izzati. Rasa macam diri nih special. So, siapa sayang aku panggil aku Izzati okay. Yeaaaay :D





Ommo, comel gila kan. Dah lama aku tak post picture dekat blog. Walau pun bukan gambar aku, please enjoy :)

Wassalam :)

Labels: , , , , ,


Actually.
Monday, 11 February 2013 • 22:26 • 1 comments


Assalamualaikum.

Semalam text Hani and Pija je. Nak mengharapkan Izzudin Khalid tuh text aku? Hailahh. Dorang berdua tuh rindu aku. Tak cukup setiap alam tidur sebelah aku. Yeayy. Text dengan dorang bukan jimat crdts pun. Mahal jugak 6 sen tuh kan. boleh habis RM10 sehari. Tapi takpe. Tak kisah. Berfaedah jugak. Takde lah handphone aku sunyi je

Currently watching JODOH. Lawak doh apek tuh berlakon. Haha. Manyak cantik oh. Tapi tak best mana pun sebenarnya cerita nih. Well, aku banyak tengok cerita korea. Doremifasolatido. Best gila. Aku leleh kot tengok cerita tuh. Sedih masa perpisahan tuh. Janji terpaksa dilepaskan macam tuh je sebab orang ketiga. Dan orang ketiga tuh adalah kawan baik sendiri. Sedih bhai.


Bodoh giler. Hani and Pija tak nak angkat phone. Aku nak cerita betapa excitednya aku. Triple A aku tegur aku dekat FB. Ada hikmahnya aku kena tweetlimit. Baru teringat nak bukak fb. Jyeahhhhhhhhhhhhhh ! Nak menangis aku weh. Tak tahu kenapa. Ahhh, sedih. Tak tahu nak cakap apa. Lantak ah. Aku seriously tak tahu nak buat apa sekarang nih. Menggigil doh. Sejuk. Sebab tuh lah Napishh gelakkan aku hari tuh. Lewlz.

Dah, nak mimpi indah malam nih. 

Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , , , ,


Streaming :')
Saturday, 26 January 2013 • 13:32 • 0 comments


Assalamualaikum.

Nih cerita hari rabu harituh. Sedih doh. Dorang cakap akan ada streaming. Yang pandai dan yang kurang pandai akan dipisahkan. Aku still stay class yang sama sebab diagnostik aku tak berapa bagus. Erm, apa boleh buat? Memang mula-mula dorang cakap pasal tuh, aku takde perasaan sangat. Memang sebak tapi aku tak boleh menangis lagi time tuh. Ada yang dah nangis tapi aku buat donno je lah. Haziq  pulak boleh gembira. Apa ke bungek dia tuh? Annoying giler. Aku cakap dekat dorang terima je lah qada' dan qadar. Lol. Laka laka gila ayat aku. Mana boleh macam tuh. Aku sebak so aku kemas rak aku. Cantik dah. Aku susun buku aku elok-elok, lawa-lawa. Aku tak nak join dorang nangis. Aku diam je.

Petang tuh latihan merentas desa a.k.a Larian Integrasi. Erghh, whatever. Ramai yang still nangis under the burning hot sun. Tak penat ke weh. Aku tak nangis lagi. Aku pelik sangat. Kenapa dengan aku nih? Aku still buat tatau dekat dorang. Aku lari belakang sekali. Sorry, bukan lari. JALAN. Tak lari langsung. Haha. Lemah sungguh Izaty nih. Last-last kena rescue. Sedih bhai. Teman Chetak jalan. Yeayyy. Dia sakit. Dengan aku-aku sekali yang naik kereta tuh. Haha. Best. 

Malam tuh takde prep sebab esoknya cuti Maulidur Rasul tapi masing-masing kemas kelas. Weh, aku penolong ketua kelas. Haha. Tak percaya kan? Tapi best jugak jadi penolong. Aku yang buli Arep. Haha. Malam tuh letak kain dekat pintu. Best. Tapi kurang kerjasama. Sebab masing-masing tak tahu nak buat apa. Aku tengok kelas S and R okay je bagi kerjasama. Comel je kelas dorang. Lol. Then aku cakap dengan Napishh. Dia dah nak pindah kelas. Dia nak tinggalkan aku. Dia dah takde untuk aku. Nanti sape nak borak dengan aku. Sape nak gelak-gelak dengan aku pasal Triple A aku. Sedih tahu tak. Aku leleh time tuh. Aku sayang kelas aku. 5 Maghfirah. Sampai bila-bila. 

Then aku marah Hariz. Aku cakap nanti sape nak ajar aku. Sape nak marah aku. Sape nak gossip dengan aku. Sape nak buat aku nangis. Sedih tahu tak. Memang leleh dah aku time tuh. Siap boleh meraung tahu tak. Aku tak suka perpisahan. Memang tak suka langsung. Aku call mak, cerita pasal nih. Memang dah macam orang gila jer dekat public tuh. Aku cerita lah macam-macam. Sampai Aiman and Amin Cang nampak. Haha. Malu jer. 
Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku nampak Napishh down giler. Haha. Padan muka. Tuh lah nak tinggalkan aku lagi. Tak suka sekolah. Dia jahat. Dia pisahkan aku dengan kawan-kawan aku. Bila nak balik tuh, aku kena tahan dengan Aiman. Erghh. Tak suka giler. Dia ajak pergi gazebo 4S. Dia tak bagi aku nangis. Dia marah. Cang pun marah. Dia cakap 'Jangan fikir pasal kawan, fikir pasal masa depan kau' Sedih giler. Kenapa nak pisahkan aku daripada kawan-kawan aku. Kalau jauhkan aku dengan orang yang aku tak sayang takpe lah jugak. Weh, aku sayang Danny, Napishh, Emir, Amin Cang. Kenapa tukar kelas dorang? Dorang cakap 'we're still friends right' haha. 'Kelas sebelah je kot'. 

Korang tak faham. Tapi takpe. Akhirnya aku dapat terima kenyataan. Kita berjumpa dan berpisah kerana Allah. Kita tetap 5 Maghfirah selamanya. 
Paperclips, they attaches us, 5 Maghfirah :)
Assalamualaikum.

Labels: , , , , , ,


Gaduh -.-
Friday, 21 December 2012 • 13:09 • 0 comments


Assalamualaikum.

Gaduh. Haha. Sekype pun boleh gaduh. Gaduh. Takde mood. Marah. Penat. Mengantuk. Nak call dia tapi maxis tak bagi. Buat hal. Nak text dia, message not send. Bangang ah. Pagi nih aku bangun mata aku sakit gila. Now, mata aku tengah merah. Sakit sangat. Went to sleep with a little tears in my eyes. Bengkak weh mata aku. Nak tunjuk gambar, nanti korang kena infection pulak. Susah karang. Haha. 

Petang nih aku balik kampung after tuisyen. Malam nih tidur sana. What a nice place to stay where there is no coverage? Ughh ! Tak nak balik kampung. Takde wifi free. Line semput nanti kalau guna broadband. Kampung aku tuh memang dekat bandar pun. Tengah-tengah bandar weh. Nak pergi semua tempat dekat. Tapi malangnya aku tidak mengetahui di mana kawasan tersebut. Haha. Tapi dekat lah dengan Melaka Sentral and Jusco Bandaraya. Easy to hang out. Tapi nak hang out dengan sape je? Cousin aku belah Abah semua dah kahwin. Aku rasa aku dengan adik je belum kot. Haha. Terlambat. Baru aku perasan banyak gila tapi aku. Lol.

Bilik aku sedang bersepah dengan segala jenis baju. Buju kurung, tshirts, skirt. Tak tahu nak bawa baju apa dah. About a week jugak lah balik kampung and go to Pahang. Balik je sekolah dah nak bukak. Suweet, malas giler nak masuk sekolah awal. Then, dah jadi SENIOR. A very big word with big responsibilities. SPM weh. Tak sanggup aku. Nasran describe me. Terbaekk lah ketua PSS oi. 


Bungek kan dia. Dia say aku ganas weh. Sedih :'( Takpe, tahun depan aku jadi ayu gitu dekat sekolah. Euww, seram sejuk aku kalau suruh aku jadi ayu. Tak boleh lah. Memang tak boleh. Sorry lah pihak badar. I'll try to change. Ehh, aku nak jadi badar jugak. Pleasseeee. Hehe. Tak dapat jadi sebab aku tak layak. No ! I'm a badar of my own. Jyeahh. Nvm lah. Not a badar is okay. Asalkan hidup kita enjoy ! 

Assalamualaikum.



Labels: , , , , ,


Teruskanlah :)
Wednesday, 19 December 2012 • 20:53 • 0 comments


Assalamualaikum.

Mata dah berair tapi aku still kata dekat dia aku tak ngantuk. Suka sangat call time aku dah tidur. Hehe. Aku takde lah tidur awal mana. Around 2AM macam tuh lah. Habis cantikkan blog lah, cbox aku letak background lah. That’s why aku tidur lambat. Then, aku tidur lah. Aku ingatkan dia tak nak call ke hape pastu pukul 4 dia call. Tengah-tengah mamai tuh boleh gelak-gelak. Izaty bengong. Haha. Mengantuk sehh. Dia tuh excited bebenor nak amek result harini. Sekolah dekat je dengan rumah. Untung lah. Sekolah aku pulak amek masa 2 jam setengah nak sampai. Menyusahkan betul. Huwarghh :O Mengantuk giler.

Harini aku pergi beli ribbon untuk hias balang-balang kerepek yang mak nak bagi dekat Mokde. Macam hadiah gitu. 48 balang nak bagi Mokde tuh semua aku kena hias. Erm, Abang Epul and Abang Apit punya majlis. Two in One. Best ke? Aku tak tahu lagi nak pakai baju apa. Nak kena beli baju nih. Harituh ada ternampak baju kurung moden tuh. Polka Dots and ada lah manik-manik all around the wrist part. Nak beli tapi mak kata kat asrama mana boleh pakai manik-manik nih. Tak boleh ek? Haha. Takpe. Then, ternampak baju kurung yang sangat simple. Takde corak. Just one colour. Tapi dia ada classic elements macam yang besi-besi bagai tuh dekat bahagian dada. Not labuci but, alaaa, yang besi gantung-gantung orang kahwin tuh. Susah lah nak cerita dekat blog. Majlis dorang 23 December nih. Takde masa dah nak cari baju bagai. Tak boleh. Kena nampak cantik lah.

Ada jerawat! Tak suka tak suka tak suka. Sakit doh. Dah lah majlis dah dekat, sekolah dah nak bukak. Menyusahkan betul. Mana ada aku pakai Oxy segala bagai. Tak minat. Biar kulit muka aku natural je. Beauty product yang aku pakai ialah Olay Natural White. Haha. Natural lah sangat. Actually, tuh Aunt aku bagi. Dia stay dekat Saudi Arabia right now. Tapi dia ulang alik Saudi Arabia Australia Malaysia.  Mother dia in Malaysia lah of course. Husband dia orang Arab sana. Anak-anak dia Iman and Huda dekat Aussie sana studying. Dia kaya boleh lah. Aunt aku bagi Olay dari Arab weh. Haha. Tak tahu lah berkesan ke tak. Nak putih punya pasal. Aku takde lah hitam mana. Aku tak main rugby kay. Haha. Tapi jerawat nih perlu pergi sebelum orang kahwin tuh. Wajib!

Mak masak sedap harini. Nasi Briyani, Ayam dia aku tak tahu nama apa. Tapi nampak sedap, bau wangi. Makan je lah kan. Ada acar buah, papodam. Sorry kalau salah eja. Tak pandai sangat. Sedap weh. Tapi Abah takde. Abah kan dekat KKB sana. Entah dia tengah kawad ke, latihan apa entah. Kesian Abah. Takpe-takpe. Nanti Abah balik akak belanja makan seafood ea. Hoho. Ada duit kah? Abah tunggu dan lihat lah ye. Hehe.

Keputusan terletak di tangan anda. Keputusan PMR tahun nih menurun. Batch kitorang agak awesome. Tak sure lah pulak menaik ke menurun. Aku rasa mesti meningkat. Batch 96 the best. Batch 97 jangan sedih-sedih. Amni, jangan nangis sayang. Okay lah tuh keputusan macam tuh. Sep sikit, kita sama. Takmo sedih-sedih kay sayang. Tahniah kepada Daniesyah and semua yang dapat straight A. Tak kira lah 8 or 9. Yang penting korang dah berusaha bersungguh-sungguh. Aku tak berapa gemar dengan nombor tapi bila nampak 8 dalam slip keputusan, Alhamdulillah. Kepada yang tak mencapai target, sila berusaha lagi untuk SPM. Alaa, korang naik upper form gerenti korang pandai punya lah. Tak macam aku nih. Bilangan A tak penting pun. Nanti SPM lebih penting. Jangan sedih kay semua batch 97. Terutama kepada Muhammad Izzudin, jangan lah sedih-sedih. Tak perlu lah tak reply text aku. Aku yang sedih.

Lalala ~ Watching Aliya. Makin berbelit aku nengoknya. Tetibe nampak Wawa Zainal punya iklan, putih siot. Jealous aku. Cantik and comel. Aku suka tengok dia berlakon jadi Amanda. Rindu dia. Bukan Wawa Zainal tapi sayang aku. Cehh, sayang kau? Geli aku. Bukan sesiapa pun lah yang perlu korang tahu. Cukup lah dia untuk aku. Takpe takpe. Izaty gila. Izaty bosan. Izaty tunggu dia reply message. Izaty lembap betul. Izaty bungekk! Izaty nih banyak betul kelemahan. Sedih gila jadi Izaty. Tapi takpe. Izaty ada kebaikan jugak. Haha. Saje nak puaskan hati sendiri. Izaty gedik weh. Sayang dekat dia, sayang dekat semua orang yang tak sayang Izaty. Takpe takpe takpe. Izaty just senyum je tau. Macam nih :D Senyum senyum senyum. Tahan tahan tahan. Jangan nangis. Jangan stalk dia. Jangan jadi gila. Terus tunggu, terus tunggu, terus menunggu. Teruskanlah, teruskanlah. 

Assalamualaikum.

Labels: , , , , , ,


Pianist.
Monday, 17 December 2012 • 22:42 • 0 comments


Setelah fajar menyingsing, aku siapkan breakfast for the whole family except Abah sebab Abah dah pergi kerja awal-awal lagi. Aku masak weh. Cayalah Izaty. Masak nasi goreng duduk dekat dapurnya dekat setengah jam. Kupas bawang je dah 15minit. Haha. Aku mana biasa kerja macam tuh sebenarnya. Lainlah kalau bahan-bahan dah tersedia. Senang je aku masak. Aku pernah try masak lemak cili api tapi mulut aku bising lah tanya mak macam-macam. Hehe. Aku pandai masak. Dah boleh jadi bini orang. Yeayy. Masakan yang senang. Jangan cakap aku tak pandai masak ea. Siaplah korang nanti. Haha *evil smirk*


Harini Syerah ada exam piano. Trinity grade 4. Haaaa, aku rindu zaman dulu. Kalau aku habiskan sampai grade 8, kan senang buat diploma in music je. Tak payah nak amik Bio segala bagai. Dikira-kira aku habis grade 8 sama macam SPM. Kan senang, nanti oleh jadi piano teacher. Nama Twitter aku pun Pianist. Lol. Tapi sekarang nih impian aku dah berkubur macam tuh jer. Tak mampu nak further studies lagi macam apa yang aku harapkan. Kalau dulu aku berangan sangat aku dapat study dekat France, buat persembahan terhebat dekat dalam hall yang besar with a thousand of people, harga ticket 300 lebih hanya untuk satu show, gaji berjuta-juta. Haha. Kini tinggal angan-angan, punya lah susah aku nak sampai tahap tuh. Grade 7 for this year. Mungkin aku tak mampu nak main sebaik mungkin dah, jari dah tak lembut macam dulu, dah keras macam batang kayu. Bayangkan lah aku dah sepuluh tahun main piano. A piano. Aku nak main Sonatina and semua lagu classic tuh, aku nak jadi hebat jugak. Tak nak lah stuck taking Biology and tak mampu nak amik music lagi. Aku nak sangat jadi pemain piano yang terkenal. Dah menjadi impian aku sejak kecil. Haha. Atas tuh model piano yang ada dekat rumah. 

Lagi dan lagi Cinderella’s Stepsister. Tak pernah jemu aku tengok cerita nih. Sampai bila-bila memang aku nak sangat tengok cerita nih. Erm, masa aku kecil dulu kan, aku ada tengok satu cerita nih tajuk dia Pangako Sa Yo. Dah tak ingat sangat tapi lastly mak Angelo tuh mati. Tuh je ending dia. Mak dia halang cinta dorang berdua. Tak ingat lah. Sekarang nih ada encore dekat Astro Bella, malangnya aku takde channel tuh. Nak sangat tengok cerita tuh balik. Tak dapat laaaaa. Tapi aku puas hati lah jugak harini punya episode perempuan gila tuh jarang keluar. Yeayyyy. Sangat-sangat gembira. Aku nangis lagi. Sebab Kesian sangat dekat Eunjo.
 

نور عزاتي عبدالرحيم  and  محمدعذودين عبدالخليد

Esok Abah pergi kursus dekat Kuala Kubu Baru. Sedih walaupun KKB tuh takde lah jauh mana. Tiga hari kot. Sedih loh. Nanti nak pergi topup susah. Haha, tuh jer yang aku fikir. Takde lah, kesian mak nak uruskan rumah. Alaa, akak kan ada. Boleh tolong-tolong mak. Yeayyy. Akak anak sulung kena bantu keluarga. Dah boleh diharap. Hehe. Bangga sekejap walaupun sebenarnya nak sangat ada abang. Kan best ada abang, tak payah lah aku buat semua kerja. Tengah tengok Scent of a Woman. Actually, when you feel like hope is gone, just smile. Laa, kalau kita ada hajat Terakhir, kenalah fulfill it before we die. Takut nanti tak berkesempatan. SEDIH! Nur Izzati ada feelings weh. Takde lah hati keras macam batu. 



Assalamualaikum.

Labels: , , , , , , , ,


Today.
Wednesday, 12 December 2012 • 00:23 • 0 comments


Assalamualaikum.

Takde credit. Lupa nak suruh berhenti kejap nak pergi kedai. So, sampai esok lah takde credit. Takde nak message sesapa lah gamaknya. Haha, sedih woh. 

All day at Stella Maris Hall, KMC's 31st Annual Concert. Tak tahu lah nak cerita macam mana. A concert where all of them playing their music instruments. Jangan tanya aku main lagu apa. Malas nak jawab loh. Wahi sumpah handsome giler. Aku tak tahu full name dia, tapi melting woh tengok dia main guitar. Sexy yoo. Nak tengok dia main susah tuh, masa training takde pun. Tadi mengancam! Hot sangat. All the girls dekat belakang semua jerit time dia bawak guitar solo. Ahh, nak dia main guitar lagi. Go Wahi go! Sorry guys, takde gambar. Phone rosak leh. Awhhhhh ~ Dah lama tak nampak dia main guitar. Tahun lepas last. Dia main lagu Hotel California. Sumpah aku melting sangat-sangat. Oang bukan melayu pun cheer for him. 

Then, balik sampai rumah je terus tidur. Penat sangat. Bangun awal dapat practisenya pukul 11 macam tuh. Bangun-bangun terus tweet. Ceh, dah jadi habit bangun terus mengadap lappy. Tak pun tidur sekali dengan lappy. Hadui, tak boleh jadi nih. Kang lappy jatuh katil bukan sedar pun. Phone aku dah banyak kali cium tanah. Sebab tuh lah boleh rosak. Screen retak :'( Abah kata cari sendiri duit kalau nak repair. Ahh, malas deh. Sekarang dah takde phone. Aman sikit dunia. HAHA.

Dah tak tahu nak update apa. Just rasa lelaki yang pandai main guitar tuh HOT kalau dia tak poyo and berlagak cool. Aku tak kisah lah kau pandai main apa sekali pun. Kalau batak, tak kemana bang. Aku pun boleh main music, takde lah aku nak menunjuk sangat kan. Aku tahu aku tak hebat mana. Setakat exam ABRSM and Trinity je. Kau hado? Nak cakap lah tuh, main guitar nih tak payah certificate. Lehh, kau tak diiktiraf tuh. Haha. Poyo pulak aku nih. Lain kali kalau tahu main guitar tuh, ajar lah orang lain sekali. Kau kata kau boleh main guitar, aku suruh kau tak nak. Malu lah hape lah. Sebenarnya, kau tak tahu main pun kan. Haha. *Evil smirk* 


I salute you Taylor Swift. Sebab hebat giler in playing the guitar. Nak belajar tapi malas. Acano tuh? Haha. Cukup lah. Aku dah hebat main drum. Jyeahh babey. Ketuk je ma, kerja senang punya. 


Dia yang nyanyi lagu Safe And Sound for The Hunger Games. 

Hariz, jangan nak poyo sangat dengan baju BBW kau tuh. Aku pun pergi lah nanti. Haha.

Assalamualaikum.

Labels: , , , ,


Bonjour!
Izz



Hye, It's AAA here. Welcome to Pastel darls. Loving someone who doesn't love you back hurts like hell, you feel it?
Tekan buttons dekat bawah nih kalau nak tengok Profile, Friends and Tutorials




Babble
Anything?


URL blog not email
Put ur link correctly
No harsh words please?



Moments Together


Credits.
Behind the Scene


Skin by : Illi Shuhada
Template Basecode : Najmi Supian
Header : AtiQah
Linkies code : WANA
Re-Edited : Izaty